Abu Bakar menjalankan urusan Islam sesudah Rasulullah. Beliau menghadapi pelbagai peristiwa-peristiwa besar berkenaan dengan kemurtadan sebahagian orang Arab. Kerana itu, beliau segera menyiapkan pasukan dan mengirimkannya untuk memerangi orang-orang yang murtad itu. Peperangan Yamamah yang terjadi pada tahun 12 H melibatkan sejumlah besar sahabat yang hafal al-Quran. Dalam peperangan ini tujuh puluh qari daripada para sahabat gugur. Umar bin Khatab merasa sangat khuatir melihat kenyataan ini, lalu ianya mengadap Abu Bakar dan mengajukan usul kepadanya agar mengumpulkan dan membukukan al-Quran kerana dikhuatirkan akan musnah, sebab peperangan Yamamah telah banyak membunuh para qari'.
Abu Bakar menolak usul itu dan berkeberatan melakukan apa yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah. Tetapi Umar tetap memujuknya, sehingga Allah membukakan hati Abu Bakar untuk menerima usul Umar tersebut, kemudian Abu Bakar memerintahkan Zaid bin Thabit, mengingati kedudukannya dalam qiraat, penulisan pemahaman dan kecerdasannya, serta kehadirannya pada pembacaan yang terakhir. Abu Bakar menceritakan kepadanya kekhuatiran dan usul Umar. Pada mulanya Zaid menolak seperti Abu Bakar yang sebelumnya . Kedua-duanya lalu bertukar pendapat, sampai akhirnya Zaid dapat menerima dengan lapang dada perintah penulisan al-Quran itu. Zaid bin Thabit menghadapi tugas yang berat ini dengan bersandar pada hafalan yang ada dalam hati para qurra dan catatan yang ada pada para penulis. Kemudian lembaran-lembaran (kumpulan) itu disimpan ditangan Abu Bakar. Setelah beliau wafat pada tahun 13 H, lembaran-lembaran itu berpindah ke tangan Umar dan tetap berada ditangannya hinggalah beliau wafat. Kemudian mushaf itu berpindah ketangan Hafsah putri Umar.

Kredit: www.club-pecinta-alquran.com
0 comments