Blogger templates


  • Halaman Utama
  • Quran
    • Tafsir
    • Kisah dalam Quran
    • Israiliyyat
  • Menu 1
    • SRA Al-Suyuthi
  • Menu 2
  • Menu 3
  • Menu 4
  • 404 Error Page
  • Halaman Utama
  • Quran
    • Tafsir
    • Kisah dalam Quran
    • Israiliyyat
  • Hukum Tajwid
    • Mad
    • Waqaf
    • Hamzah
    • Qalqalah
    • Nun dan Tanwin
    • Nun dan Mim
    • Mim Sukun
    • Lam Sukun
    • Bertemu Dua Sukun
    • Tafkhim dan Tarqiq
    • Pertemuan Dua Huruf
  • Qiraat
    • Imam Nafi'
    • Imam Ibn Kathir
    • Imam Abu Amru al-Bashri
    • Imam Abu Aamir al-Dimasyqi
    • Imam Aashim al-Kufi
    • Iman Hamzah al-Kufi
    • Imam Kisaie al-Kufi
  • Tarannum
    • Sejarah
    • Bayyati
    • Nahawand
    • Rast
    • Hijaz
    • Saba
    • Jiharkah
    • Sikah
You are here : Home »
Showing posts with label qiraat. Show all posts
Pada permulaan wahyu, Nabi s.a.w. amat menitikberatkan ajaran al-Quran. Para sahabat diberi galakan oleh baginda untuk membaca dan menghafaz ayat al-Quran sehingga melahirkan sejumlah generasi intelektual dan memadamkan buta huruf setelah diselubungi kegelapan jahiliah. Tempoh dakwah di Makkah merupakan marhalah pembentukan aqidah, akhlak dan roh. Marhalah ini juga dikenali sebagai “Marhalah Al-I’jaz” yang melemahkan bangsa Arab daripada menolak ajaran al-Quran serta membuktikan kebenaran risalah nubuwwah.
 
Al-Quran yang diturunkan dengan tujuh huruf ( الأحرف السبعة ) memberi kemudahan kepada umat Islam untuk membaca dan mengamalkan hukum-hakam yang terkandung di dalamnya. Penurunan al-Quran dengan tujuh huruf ini bermula pada tempoh dakwah baginda di Madinah setelah dakwah Nabi s.a.w. semakin meluas ke seluruh tanah Arab. Marhalah ini juga dikenali sebagai “Marhalah At-Tashil” yang membantu umat Arab mengenali al-Quran dan menghayatinya mengikut lahjah kabilah masing-masing.
 
Hasil galakan dan panduan daripada Nabi s.a.w., generasi sahabat sangat tekun mendalami al-Quran dengan seluruh wajah qiraat yang diturunkan. Setelah kewafatan baginda, para sahabat telah bertebaran di seluruh Semenanjung Tanah Arab sehingga melahirkan beberapa madrasah qiraat seperti Madani, Makki, Syami, Kufi dan Basri. Kemudian datang generasi selepasnya sehingga melahirkan tokoh-tokoh yang masyhur dalam bidang ini antaranya ialah sepuluh imam qurra’.
 
Setelah zaman berzaman ilmu qiraat semakin berkembang dengan kelahiran tokoh-tokoh dalam bidang ini seperti Imam as-Syatibi (wafat 590H), Imam Ibnu al-Jazari (wafat 833H) dan lain-lain. Para ulama juga telah membahaskan ilmu qiraat dalam pelbagai sudut untuk menambahkan kefahaman terhadap al-Quran seperti sejarah ilmu qiraat, taujih al-Qiraat al-Mutawatirah, taujih al-Qiraat as-Syazzah.

Terdapat dua keadaan di mana para fuqaha’ berbeza pendekatan mereka dalam mengistinbatkan hukum;
 
Pertama: Ayat yang mengandungi dua bacaan qiraat yang berlainan tetapi membawa hukum yang sama.

Dalam hal ini, para fuqaha’ mengambil jalan dengan menggabungkan kedua-dua bacaan qiraat tadi. Antaranya ialah terdapat qiraat yang berbeza wajah dilalahnya tetapi mengandungi hukum yang sama.

Contohnya pada kalimah ( تقاتلوهم ، يقاتلوكم ، قاتلوكم )di dalam ayat 191 Surah al-Baqarah terdapat dua bacaan qiraat yang mana hukumnya adalah sama tetapi wajah dilalahnya berlainan. Wajah dilalah yang pertama menunjukkan secara jelas akan nas ayat, manakala wajah dilalah yang kedua menunjukkan kepada isyarat atau peringatan ( الإشارة والتنبيه ).

1) Bacaan pertama yang diriwayatkan oleh Imam Hamzah, al-Kisa`ie dan Khalaf al-`Asyir; dengan menghazafkan huruf alif pada kalimah ( تقتلوهم ، يقتلوكم ، قتلوكم ) membawa maksud larangan membunuh ( القتل ).

2) Bacaan kedua pula diriwayatkan oleh Imam Nafi’, Ibnu Kathir, Abu `Amr, Ibnu `Amir, `Asim, Abu Ja`far dan Ya`qub al-Hadrami; dengan mengisbatkan huruf alif pada kalimah ( تقاتلوهم ، يقاتلوكم ، قاتلوكم ) membawa maksud isyarat atau peringatan agar menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada pembunuhan ( القتال ) atas wazan al-mufa`alah yang mengandungi uslub mubalaghah.

Kedua-dua bacaan qiraat ini tetap membawa kepada hukum haram membunuh tanpa hak melainkan wajah kedua hanya menunjukkan uslub mubalaghah di mana jika unsur-unsur yang boleh membawa kepada membunuh (muqaddimah al-Qatl) hukumnya haram, apatah lagi hukum membunuh itu sendiri.

Kedua: Ayat yang mengandungi dua atau lebih bacaan qiraat yang berlainan dan membawa kepada dua atau lebih hukum yang berlainan antara satu sama lain.
 
Dalam keadaan ini, para ulama atau fuqaha’ mempunyai pendekatan yang berbeza.
 
Pendapat jumhur fuqaha’:

Jumhur ulama’ menyatakan wajib beramal dengan kedua-dua qiraat tersebut walaupun setiap qiraat membawa hukum yang berlainan. Tidak boleh menolak salah satu bacaan qiraat hanya disebabkan hukum yang berbeza kerana ia bererti menolak sebahagian al-Quran yang jelas thabit mutawatirnya. Bagi mereka, perbezaan dua qiraat di dalam satu ayat membawa maksud dua ayat. Dengan kata lain, sekiranya satu ayat mengandungi 3 qiraat, ini bermaksud ayat itu sebenarnya mengandungi 3 ayat yang berlainan, maka mereka akan menggabungkan qiraat-qiraat ini.

Imam az-Zarkasyi (wafat 794H) dalam kitabnya al-Burhan Fi Ulum al-Quran menyatakan para ulama’ lebih cenderung bahawa dua qiraat seperti dua ayat. Contohnya kalimah ( وأرجلكم ) di dalam ayat 6 Surah al-Maidah boleh dibaca dengan dua keadaan:

1) Bacaan secara al-Jarr ( وأرجلكم ) oleh Imam Ibnu Kathir, Abu `Amr, Syu’bah, Abu Ja`far, Hamzah dan Khalaf al-`Asyir. Bacaan ini membawa hukum memadai dengan menyapu air di atas khuf bagi yang memakainya ketika berwudhu’.

2) Bacaan secara al-Nasb ( وأرجلكم ) oleh Imam Ibnu `Amir, Nafi`, al-Kisa’ei, Hafs dan Ya`qub al-Hadhrami. Bacaan ini menerang hukum wajib membasuh kaki jika tidak memakai khuf ketika berwudhu’

Ayat di atas berkisar tentang hukum membasuh kaki ketika berwudhu’. Para ulama’ telah menggabungkan dua qiraat tersebut. Hukum wajib tetap sama melainkan kaifiat sahaja yang berbeza samada membasuh atau menyapu.

Imam as-Syaukani (wafat 1250H) di dalam Fath al-Qadiir juga menyokong pandangan bahawa dua qiraat seolah-olah bermaksud dua ayat.



Kredit: abu-huzaifah.blogspot.com











































Older Posts Home
MENU UTAMA
Halaman
e-Quran
e-Bacaan
Info Solat
Cadangan
Hubungi Kami
Advertisement

Ruangan Video



Kitab Tartil al-Quran al-Kareem

Category

  • SEJARAH
  • TAZKIRAH

Tafsir Quran al-'Azim
2011@Fakulti Quran Sunnah. Hak Cipta Terpelihara.

Projek Khas : Subjek Kajian Hadis dan al-Quran di Era ICT
Designed by PatchiDesign
Hit Counter
Jabatan Quran dan Sunnah
Fakulti Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
E-mel: nisa.usim@gmail.com