Blogger templates


  • Halaman Utama
  • Quran
    • Tafsir
    • Kisah dalam Quran
    • Israiliyyat
  • Menu 1
    • SRA Al-Suyuthi
  • Menu 2
  • Menu 3
  • Menu 4
  • 404 Error Page
  • Halaman Utama
  • Quran
    • Tafsir
    • Kisah dalam Quran
    • Israiliyyat
  • Hukum Tajwid
    • Mad
    • Waqaf
    • Hamzah
    • Qalqalah
    • Nun dan Tanwin
    • Nun dan Mim
    • Mim Sukun
    • Lam Sukun
    • Bertemu Dua Sukun
    • Tafkhim dan Tarqiq
    • Pertemuan Dua Huruf
  • Qiraat
    • Imam Nafi'
    • Imam Ibn Kathir
    • Imam Abu Amru al-Bashri
    • Imam Abu Aamir al-Dimasyqi
    • Imam Aashim al-Kufi
    • Iman Hamzah al-Kufi
    • Imam Kisaie al-Kufi
  • Tarannum
    • Sejarah
    • Bayyati
    • Nahawand
    • Rast
    • Hijaz
    • Saba
    • Jiharkah
    • Sikah
You are here : Home »
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts


1. JAKIM mengucapkan terima kasih kerana mengingatkan orang ramai khususnya pengguna Muslim tentang pemilihan barang makanan.

2. Isu yang dikemukakan oleh puan di atas adalah isu lama dan dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kerana apabila pihak JAKIM membuat siasatan nama mereka yang dikaitkan dalam Kajian di Pusat Pengajian Tinggi tidak wujud dan pihak universiti tidak pernah mengarahkan mana-mana pensyarah atau pelajar membuat kajian terhadap produk yang dimaksudkan.

3. Sebagai panduan puan, dinasihatkan supaya menggunakan produk yang ada tanda halal JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri dan sekiranya terdapat kemusykilan pada barangan yang ada tanda halal JAKIM diminta supaya mendapatkan nama produk dan pengeluar dengan jelas dan rujuklah kepada JAKIM atau lihat laman web JAKIM melalui internet.

4. Elakkan dari membeli barangan keluaran luar negara yang ada campuran daripada bahan yang bersumberkan haiwan.

Babi SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady’s Choice Jelly

> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Confirm – Pringles Potato Chips – tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M’SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN! 



Kredit: berita-harian-online.com





Keghairahan rakyat Malaysia terhadap program realiti TV walaupun pada tahap terkawal, masih perlu dipantau supaya ia tidak menjadi trauma yang membimbangkan kita semua. Kita tidak mahu ketika kerajaan sedang berusaha mewujudkan masyarakat moden yang bertamadun dan bersopan santun dengan meminggirkan budaya hiburan Barat yang menggila, tanpa disedari kita terjebak dalam konsep hiburan yang boleh mengikis jati diri. Ternyata, program realiti TV kini sudah berjaya mempengaruhi penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira usia dan latar belakang.

Sama ada kita suka atai tidak, beberapa program realiti TV seperti Akademia Fantasia, Mentor dan Mencari Cinta berjaya menambat hati sebahagian rakyat Malaysia. Malah, Akademi Fantasia mampu mendorong penontonnya membelanjakan sejumlah wang semata-mata untuk mengundi peserta pilihan mereka melalui SMS. Selain itu, program berkenaan juga boleh menyebabkan remaja lalai dan mengabaikan pelajaran dan ibadat, sebaliknya mengagungkan budaya hedonisme dan menghabiskan masa dengan memberi tumpuan kepada hiburan.

Kita kesal kerana kesan negatif program realiti TV ini semakin ketara kini, sehingga mendapat teguran dari TPM, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan stesen TV tempatan agar tidak terlalu didorong oleh pertimbangan komersil semata-mata sehingga mengabaikan soal etika dan moral rakyat. Oleh itu, kita percaya sudah tiba masanya stesen TV di negara in mengkaji semula kandungan program berkenaan dan tidak mencedok bulat-bulat daripada program TV di negara Barat.

Program realiti TV sememangnya mampu memikat hati penonton kerana ia mempunyai pelbagai elemen seperti dramatik, emosi, hiburan dan kejutan. Oleh itu, program realiti TV bercorak amal seperti Misi Suara dan Bersamamu perlu diperbanyakan kerana ia mampu mengusik emosi jiwa penonton dengan sikap penyayang dan prihatin untuk membantu insan malang.

Program hiburan realiti ini mungkin berjaya dari segi ratting tetapi adakah ia berjaya membawa sesuatu yang dikatakan ‘nilai etika dan moral’? Tiada ciri-ciri budaya masyarakat Melayu yang beragama Islam dipaparkan dalam program berkenaan sedangkan majoriti penontonnya adalah orang Melayu. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan, percakapan yang keterlaluan dan cara penampilan kebanyakannya jelas bertentangan dengan nilai agama.

Kesemua ini seringkali ditonjolkan sebagai ‘pelaris’ program. Adakah ini yang kita mahu wariskan kepada generasi muda kini? Inikah yang dikatakan ‘realiti’ yang mahu dicipta dan diagung-agungkan? Sesungguhnya program realiti TV kini tidak langsung menyumbang kepada pembangunan minda golongan muda, malah ia jelas bertentangan dengan konsep Islam Hadhari. Kita khuatir, jika trend semasa in berterusan, tidak hairan andai suatu hari nanti, kita mengangkat artis-artis sebagai pemimpin negara seperti yang berlaku di negara lain. Justeru, tidaklah menghairankan, remaja Melayu Islam terus jauh ketinggalan; apabila bangsa lain sibuk belajar, bangsa kita pula sibuk berhibur.


 


Kredit: zakiharun.blogspot.com






Kali ini,ana akan mengupas serba sedikit mengenai dengan isu melukis gambar nabi muhammad.Dimana saban hari,kita mendengar umat Islam sentiasa di tindas dimana mana,hatta kalau kita perhatikan dikebanyakan negara Islam yang dijajah seperti Iraq,chechen,palastin,afganistan,kebanyakn umat islam di perlakukan begitu kejam,diculik,dirogol,di bunuh,dihina dan di aibkan begitu sahaja seperti berlaku di penjara ABU GHARIB(IRAQ) dengan tanpa pembelaan dan di beri hak-hak kemanusiaan sewajarnya kepada mereka..ini kerana mereka digelar semua sebagai 'muslim',adakah Umat Islam begitu senang dengan melihat perkara sebegini?? ataupun mengunakan istilah "biarkan,x pe...bukan kita kena pun....".

Bahkan kalau kita lihat pada hari ini mereka bukan sekadar membunuh dan menindas umat Islam malah secara terang-terangan menghina nabi Muhammad sallahu alaihiwassalam.ini terjadi akibat dari kelemahan Umat Islam itu sendiri.Umat Islam yg tidak bersatu dalam pelbagai isu.contohnya,isu palastin,isu masjidil Aqsa,isu penggunaan kalimah Allah dan pelbagai isu2 sensitif yg lain yg menyebabkan umat Islam itu di pandang rendah oleh golongan kuffar yang sehingga ada diantara mereka,begitu berani menghina Islam dan juga menghina Muhammad sallahu alaihiwassalam kita yang cintai.


Padahal kita tahu bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada agama selainnya mengalahkan ketinggiannya.Sabda Rasulullah saw :


الإسلام يعلوا و لا يعلى عليه


"Islam adalah agama yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya"

Adalah wajib bagi kita,sebagai Umat Islam mempertahankan Islam dan memperjuangkan Islam dari di cemari oleh anasir-anasir pihak musuh yang sememangnya amat membenci Islam dan umat islam.

Kalau kita perhatikan dalam hadis 40 karangan Imam Nawawi ada meyebutkan' daripada ABU SA'IID AL-KHUDRI R.A katanya:"aku telah mendengar Rasullullah sallahu alaihiwassalam bersabda:sesiapa daripada kalangan kamu,yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan.Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah.Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati,dan hati itu adalah selemah-lemah iman".(riwayat Muslim)


Sabda Rasulullah sallahu alaihiwassalam,juga:


”Pada suatu masa kalian akan dikerumun oleh bangsa-bangsa sebagaimana makanan di meja hidangan yang dikerumun ramai-ramai oleh orang yang lapar.”


Salah seorang ada yang bertaya: ”Apakah kerana jumlah kita sedikit pada waktu itu?”


Baginda menjawab: ”Tidak, bahkan kamu pada masa itu jumlahnya sangat banyak, tetapi kalian ibarat buih yang terapung. Dan sungguh Allah akan mencabut rasa takut terhadap diri kalian dari dada musuh-musuh kalian serta Allah akan melemparkan dalam hatimu wahn.”


Kemudian ada yang bertanya: ”Wahai Rasulullah. Apa yang dimaksud wahn itu?”


Baginda menjawab:”Cinta dunia dan takut mati.”


(Hadith Sahih, diriwayatkan oleh Abu Daud (4297), Ahmad (5/287), dari hadith Thaubah Radhiyallahu anhu, dan disahihkan oleh Al-Albani dengan dua jalannya tersebut dalam As-Sahihah (958).


Bermula dengan penghinaan terhadap gambar nabi Muhammad oleh Roger Endel Lars Vilks@laknatullah alaihi (lahir 20 Jun 1946) adalah seorang seniman kartunis Sweden,dimana dia melukis gambar Nabi Muhammad bertubuh anjing . Gambar-gambar itu dipamerkan dalam pameran seni tempatan di bandar kecil Tällerud di Värmland, Sweden, pada bulan Julai 2007. Akhbar tempatan Nerikes Allehanda begitu berani menyiarkannya dengan alasan kebebasan bersuara.


Tindakan itu mendapat bantahan rasmi daripada Iran, pakistan, Afghanistan, Mesir dan Jordan serta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Al Qaeda Iraq menawarkan $ 150.000 kepada pembunuh beliau.Gunilla von Bahr,duta Sweden ke Iran telah dipanggil untuk menerima surat protes daripada kerajaan Iran. 60 orang Muslim telah berkumpul di hadapan pejabat surat khabar di Orebro membantah penyiaran kartun itu.


Penerbitan 12 kartun Nabi Muhammad di harian terbesar Denmark Jyllands-Posten pada bulan September 2005 menyebabkan demonstrasi keganasan di seluruh dunia Muslim pada bulan Januari dan Februari 2006.


Manakala pada 20 haribulan May 2010 yang lalu,sebilangan pengikut Kristian facebook meraikan 'hari melukis gambar MUHAMMAD' atau di panggil dengan "draw Muhammad day" yang turut mendapat bantahan meluas dari pengguna facebook Islam di Pakistan dan di seluruh Dunia.


Sudah la umat Islam di tindas di mana-mana saja dan di perlakukan sesuka hati oleh mereka(golongan kuffar) malahan umat Islam pada hari ini semakin lemah,tidak bertenaga dan sering menjadi bahan gelak ketawa masyarakat bukan Islam(non muslim).Apakah tugas mempertahankan Islam ini,hanya sesuai di pertahankan oleh golongan Ulama',pendakwah,guru-guru agama sahaja???bahkan relevan kita semua Umat Islam berganding bahu menegakan syiar Islam,tidak mengira umur,jantina dan juga perbezaan idea politik dengan mengamalkan ajaran Islam bercirikan pegangan Quran dan sunnah Rasulullah sallahu alaihiwassalam.moga-moga usaha kita semua di redhai Allah,di berikan ganjaran pahala dan kejayaan di dunia wal akhirat,insyallah....



Kredit: hasnulhadiahmad.blogspot.com

KUALA LUMPUR: Beberapa mercu tanda di ibu negara, universiti, premis perniagaan dan syarikat korporat, pusat beli-belah termasuk stesen pengangkutan awam utama akan bergelap selama sejam malam ini sebagai tanda sokongan Kempen Earth Hour 2011.

Ini termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank, Menara Berkembar Petronas, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Plaza Alam Sentral, Sunway Giza Mall (Dataran Sunway Damansara), Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyertai kempen menyelamatkan dunia daripada pemanasan global ini.

Bagi tujuan itu, mereka akan memadam lampu dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam sebagai simbol keprihatinan masing-masing terhadap isu pemanasan global dan perubahan iklim. Earth Hour bermula pada 2007 di Sydney, Australia hasil cetusan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan pada tahun berikutnya, ia disertai 50 juta masyarakat di 35 negara.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Sri Che Khalib Mohamad Noh, menerusi kenyataannya menjelaskan program Earth Hour sebenarnya lebih dari hanya aktiviti memadamkan lampu selama 60 minit.

“Bijak menguruskan tenaga di rumah adalah semudah memadamkan apa saja peralatan elektrik yang tidak diperlukan, selain bertukar kepada mentol dan peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga dan menetapkan suhu pendingin hawa pada bacaan di antara 22 hingga 26 darjah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ketua Pegawai Esekutif MRCB, Mohamed Razeek Hussain, berkata sebagai syarikat pemaju hartanah seperti Stesen Sentral dan Alam Sentral pihaknya bukan saja bertanggungjawab meningkatkan kesedaran mengenai pemanasan global tetapi memainkan peranan lebih proaktif dalam penerapan elemen yang boleh diguna secara berterusan dalam pembangunan hartanah.

“Sejak 2009 iaitu tahun pertama Earth Hour diraikan, MRCB sudah mula menerapkan elemen hijau dalam pembinaan projeknya dengan aplikasi mengikut standard pensijilan antarabangsa. Kami juga menggalakkan warga kerja MRCB untuk menyebarkan mesej sejagat ini secara lebih dekat lagi kepada anak-anak, rakan taulan dan saudara mara dalam usaha mewariskan sebuah dunia yang indah kepada generasi mendatang.
Pihak Maybank pula akan memadamkan lampu di bangunan Menara dan Dataran Maybank serta semua pejabatnya di seluruh dunia sepanjang tempoh sejam berkenaan.

Program sama mendapat sokongan Komuniti Kota Damansara, Selangor, yang akan berkumpul di ruang legar Sunway Giza Dataran Sunway untuk bergelap bersama jam 8.30 malam ini.

Aktiviti yang dicetuskan kumpulan pelajar berusia 15 tahun ini adalah dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Local Agenda 21, Businesses of Kota Damansara dan Majlis Bandar Raya Petaling Jaya.

Pada peringkat pusat pengajian tinggi awam, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Persatuan Pelajar Antarabangsa juga UPM, akan berkumpul di Kompleks Mahasiswa jam 8 malam ini.





Kredit: www.bharian.com.my



Berita terbaru yang diterima dari Jepun adalah berkenaan dengan letupan kedua loji nuklear di jepun.Letupan pertama berlaku pada hari sabtu yang lalu yang telah menyebabkan kemusnahan bangunan sekitar loji nuklear berkenaan.


Setelah berlakunya letupan pertama setelah masalah kegagalan sistem penyejukan pada loji nuklear berkenaan,semua penduduk yang terselamat dipindahkan bagi mengelakkan kemungkinan berlaku letupan yang kedua.Walaubagaimana pun,letupan kecil pada reactor logi no-3 yang telah menyebabkan 11 pekerja mengalami kecedaraan dan menyebabkan asap tebal.
 
Difahamkan sebanyak 2000 mayat dijumpai dan berjuta-juta penduduk yang lain hidup dalam keadaan sangat teruk kerana ketiadaan air,makanan,elektrik dan tenaga elektrik.

Walaubagaimana pun,kesedaran yang ditunjukkan oleh negara-negara lain dengan menghantar bantuan kecemasan ke Jepun dalam masa yang singkat.Ada yang menghantar pasukan medik,ada yang menghantar pasukan pencari dan ada yang menghulurkan bantuan makanan dan minuman kepada penduduk jepun.


Diharap tiada lagi berlakunya letupan di Jepun selepas ini.Mula-mula gempa bumi kemudian disusuli oleh tsunami.Sekarang ini pula adalah letupan loji Nuklear.Lepas ini pula adalah masalah radiasi dan juga kebuluran.Diharap penduduk Jepun tabah dengan apa yang berlaku.

















Kredit: www.2dayblogger.com






Kini negara Jepun dan rakyatnya sedang melalui pasca gempa bumi dan tsunami terburuk negara itu dalam tempoh 140 tahun. Walaupun sudah lebih kurang 5 hari ia berlaku, namun bagi mereka yang selamat, pengalaman berhadapan saat getir semasa bencana itu pasti memberi kesan dan sentiasa diingati sepanjang hayat mereka. Apa tidaknya, kesan gempa bumi dan tsunami bukan sahaja telah menyebabkan mereka hilang tempat tinggal dan harta benda lain yang bernilai ratusan hingga jutaan Yen, tetapi juga kehilangan orang yang disayangi: ibu bapa, anak-anak, saudara-mara, sahabat, jiran dan kenalan.

Lebih membimbangkan, rakyat Jepun juga berhadapan dengan ancaman radiasi akibat letupan loji janakuasa nuklear di Daiichi, Fukushima. Kalau menurut pihak berkuasa Keselamatan Nuklear Perancis (ASN), Jepun kini dinilai pada skala 6/7 bagi kemalangan nuklear, iaitu kurang 1 mata berbanding kemalangan Chernobyl 1986 (7/7) dan berada 1 mata di atas tahap kemalangan di Pulau Three Mile, Pennsylvania 1979 (skala 5/7). Mujurlah, ancaman radiasi Tahap 4 mengikut Skala Kejadian Radiologi dan Nuklear Antarabangsa hanya meliputi kawasan loji itu sahaja. Faktor cuaca di Jepun menyebabkan kesan radiasi tidak tersebar secara meluas. Malaysia setakat ini juga tidak menunjukkan sebarang peningkatan tahap radiasi.

Pada peringkat pasca gempa bumi dan tsunami Jepun ketika ini, pelbagai pandangan dilontarkan sebagai rumusan kepada kejadian yang berlaku. Ada yang berpandangan bahawa bencana kali ini mempunyai kaitan dengan Fenomena Supermoon 19 Mac 2011, akibat kelalaian negara itu melaksanakan pembangunan mesra alam dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai balasan kepada Jepun atas sebab tertentu. Namun apa yang pasti, semua itu adalah atas kehendak ALLAH SWT sebagai ujian dan juga peringatan kepada umat manusia. Cuma, dalam mempercayaai kekuasaan-NYA, janganlah pula ada di antara kita yang mengabaikan sensitiviti terhadap masyarakat umum, terutamanya mereka yang ketika ini sedang dilanda kesedihan dengan menjadikan bencana itu sebagai bahan gurauan.










Kredit: www.kualanzsalleh.com

 

Sesiapa pun tidak menafikan bahawa perkahwinan antara Rasulullah SAW dengan Sayidatina Aisyah r.a menjadi dalil bahawa perkahwinan dengan perempuan yang belum baligh atau di bawah umur dibenarkan oleh syarak.
 
Walau bagaimanapun menurut realiti masa kini, penggubalan undang-undang ataupun peruntukan-peruntukan tertentu yang terkandung dalam undang-undang perlu ada bagi mengawal perkara itu dan bagi memastikan maslahah kepada pihak-pihak yang terlibat, terutamanya kepada pihak perempuan dilindungi dan terjamin.


Pada pandangan penulis, perkahwinan dengan gadis bawah umur perlu dielak berdasarkan suasana semasa. Semua maklum bahawa di peringkat ini, sama ada kanak-kanak ataupun golongan awal remaja masih begitu mentah untuk mengenali dunia. Hidup mereka masih memerlukan bimbingan dan pemantauan orang dewasa sama ada ibu bapa, waris atau penjaga yang sah menurut syarak ataupun undang-undang bagi memastikan mereka dapat membesar, menerima didikan dan melalui proses kematangan secara sejahtera. Jauh sekali untuk menerima sebarang tanggungjawab yang berat dalam dunia rumah tangga.
 
Sheikh Abdullah al-Manie, salah seorang anggota Majlis Ulama Kanan Saudi juga berpandangan bahawa perkahwinan antara Rasulullah SAW dengan Sayidatina Aisyah tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mewajarkan perkahwinan anak gadis bawah umur. Pandangan beliau ini sebagai reaksi kepada perkahwinan seorang gadis berumur 12 tahun dengan seorang lelaki berusia 80 tahun di Buraidah, Arab Saudi.
 
Melihat fenomena yang kurang sihat ini berlaku di negara berkenaan, kerajaan Riyadh berusaha mewujudkan peruntukan bagi umur minimum untuk berkahwin dan umur yang dipilih adalah antara 16 dengan 18 tahun, iaitu umur yang telah diperuntukkan oleh undang-undang keluarga Islam di Malaysia.






























Kredit: www.mylasia.net



Pada hari Khamis 18 Nov 2010 bersamaan 12 Zulhijjah yang lalu ,iaitu merupakan hari pertama, bagi sebahagian jemaah Haji meninggalkan Mina setelah bermalam, selama 2 malam dan melontar jamrah iaitu antara wajib haji berlaku fenomena luar biasa lagi iaitu turunnya hujan air batu di sana.

Ia berlaku di Mekah selepas azan Asar berkumandang, hujan turun dengan lebatnya. Sebenarnya hujan bukan turun secara mendadak kerana mulai waktu Zohor langit memang kelihatan sedikit mendung, memang ada tanda-tanda hari mahu hujan, dan bahkan ketika jemaah haji bermalam di Mina juga hujan telah turun walau cuma sebentar.
Hujan berterusan dengan cukup lebat disertai dengan butiran air batu yang agak besar, disertai dengan ribut petir malah air mulai naik sehingga berlaku banjir kilat walaupun tidak seteruk seperti yang berlaku di Malaysia.

Perisitiwa hujan air batu di Mekah bukanlah kali pertama berlaku, beberapa tahun lalu pernah juga terjadi di sana. Begitu juga dengan peristiwa banjir kilat. Sering juga berlaku di sana. Ada yang mengatakan tidak pelik di sana berlaku banjir kilat kerana di Mekah dan Madinah tiada sistem perparitan kerana di sana jarang berlaku hujan yang memerlukan sistem perparitan.
Apapun,setiap kejadian yang dijadikan ada hikmahnya yang mana hanya Allah Mengetahuinya.


Kredit: www.isuhangat.net

Isu penghinaan Barat terhadap Islam di dalam artikel ini adalah berkait dengan isu karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w yang begitu hangat dibicarakan baru-baru ini. Isu ini sudah hampir reda, namun ini tidak bermakna masalahnya telah selesai. Ini juga tidak bermakna, penghinaan terhadap Islam sudah sampai ke penghujungnya.

Redanya isu ini membawa kita kepada memahami apakah sebenarnya yang boleh dipelajari daripada isu penghinaan terhadap Islam. Apa yang pasti, peristiwa ini memberikan banyak pengajaran terutamanya berkait dengan penghinaan berterusan Barat terhadap Islam.

Pertama, usaha untuk memberikan kefahaman tentang Islam kepada dunia Barat masih belum menampakkan hasilnya. Oleh itu, masih banyak usaha yang perlu dilakukan oleh dunia Islam dalam menjelaskan hal ini.
Namun begitu, timbul juga persoalan sama ada mampukah kita berjaya dalam misi ini? Ini kerana, dunia Barat telah sedia mempunyai pandangan serong terhadap Islam hinggakan mereka mempunyai rasa takut tanpa sebab terhadap Islam.

Kedua, dunia Barat tidak jujur atau tiada usaha untuk memahami bahawa Islam bukan satu agama yang menyokong keganasan. Ini kerana, sejak sekian lama Islam dan umatnya terus ditindas dari pelbagai aspek politik, ekonomi dan sosial.
Malahan, belum pun isu karikatur itu selesai, kini terpampang pula berita serta gambar seorang remaja Iraq dibelasah dengan teruk oleh tentera negara bersekutu.
Jadi, di manakah benarnya Islam sebagai agama pengganas sedangkan Islam dan umatnya terus diperangi dan diseksa tanpa belas kasihan.

Ketiga, berkait dengan tindak balas umat Islam terhadap penghinaan Barat. Sejak sekian lama, penghinaan Barat terhadap Islam mengundang tindak balas tertentu. Pelbagai saluran bantahan digunakan, namun usaha itu `bagai mencurah air ke daun keladi'. Malah, mereka mungkin hanya mentertawakan reaksi umat Islam itu. Samalah juga halnya dengan isu karikatur kali ini.
Tindak balas umat Islam sungguh memberangsangkan sehingga menimbulkan kegusaran dunia Barat kerana takut rakyat mereka di luar negara diperangi pula. Namun, tindak balas umat Islam itu kadangkala dirasakan tidak sesuai caranya kerana selalu berakhir dengan keganasan yang hanya membenarkan tuduhan Barat itu sendiri.

Keempat, dunia Barat sering menunjukkan kelemahan sendiri dalam menyelesaikan masalah yang telah dimulakannya. Dalam isu karikatur, hal ini tidak terkecuali. Kali ini Malaysia diminta membantu menyelesaikannya. 
Malaysia mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah ini atas nama keamanan sejagat tetapi kita juga perlu `mendidik' dunia Barat bahawa persendaan mereka terhadap Islam tidak langsung boleh diterima.

Kelima, dalam kita memberi tumpuan kepada ketidakfahaman Barat terhadap Islam serta berusaha memberikan penjelasan kepada mereka, rupa-rupanya kita terlupa bahawa ketidakfahaman ini juga wujud di kalangan sekumpulan individu dalam negara kita sendiri. Ketidakfahaman boleh dilihat apabila ada yang menyiarkan semula karikatur penghinaan itu.
Sepatutnya, mereka yang tinggal dalam negara berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia lebih faham dan peka akan isu ini, tetapi malangnya hal sebaliknya berlaku.

Inilah beberapa pengajaran yang dapat dicerap daripada isu penghinaan Islam yang tidak pernah ada surutnya. Walaupun, isu yang dirujuk ini berkait dengan isu karikatur tetapi perlulah diingat bahawa penghinaan terhadap Islam telah berlaku sekian lama. Seluruh umat Islam tentu tidak pernah lupa kisah bagaimana Rasulullah s.a.w dihina dalam usaha Baginda menyebarkan Islam.
Jelas, penghinaan ini telah wujud sejak berkurun lamanya. Oleh itu, umat Islam tidak boleh mengharap bahawa penghinaan ini akan berhenti.

Apa yang penting adalah bagaimana kita menangani penghinaan itu. Tindak balas ganas yang ditunjukkan bagi membantah isu karikatur adalah sangat tidak wajar. Ketidakwajaran ini telah banyak disebut oleh para cendekiawan Islam.
Oleh itu, seluruh umat Islam diseru agar bertindak bijak dalam hal ini. Perlulah diingat bahawa dunia Barat memang suka `mengusik' kerana mereka hendak melihat reaksi kita dan membenarkan tanggapan serong mereka terhadap Islam dan umatnya. Apa yang pasti, umat Islam tidak perlu cepat melatah tetapi menangani hal ini dengan kesabaran dan kepintaran.


Kredit: www.utusan.com.my



LEBIH 2,000 penunjuk perasaan antikerajaan terbunuh di Libya setakat ini, selepas tercetusnya kekacauan sejak sembilan hari lalu di negara berkenaan. Kumpulan penunjuk perasaan itu dibunuh, dipercayai atas arahan pihak tertentu sebagai usaha menghalang penunjuk perasaan daripada terus mendesak pemimpinnya, Muammar Gaddafi berundur. Sememangnya wujud kebimbangan keadaan tidak menentu itu bakal mencetuskan perang saudara yang akan memburukkan lagi keadaan di negara terbabit, malah di rantau Afrika Utara dan Asia Barat. Selepas dua pemimpin Arab iaitu bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali ditumbangkan kuasa rakyat, kita percaya Gaddafi turut bimbang beliau akan mengalami nasib sama. Berikutan itu, bagi mengekalkan kuasanya, Gaddafi dilihat sanggup melakukan apa saja, terutama menggunakan kekuatan tentera bagi menghalang tunjuk perasaan berterusan mendesak beliau melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 41 tahun lalu.

Namun, kita amat berharap pertumpahan darah yang berlaku antara kerajaan pimpinan Gaddafi dan penunjuk perasaan dapat dihentikan segera. Apatah lagi ketegangan terus memuncak apabila ada kalangan tentera berpaling tadah dan menyokong penunjuk perasaan. Kita bimbang jika ia merebak dan tidak terkawal, lebih ramai rakyat yang tidak berdosa, terutama orang tua, kanak-kanak dan wanita turut menjadi korban. Ketika ini, kebanyakan warga asing diarahkan keluar dari Libya oleh kerajaan masing-masing. Langkah itu membayangkan bahawa suasana politik di Libya penuh dengan ketidaktentuan. Apapun, kita mahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pemimpin dunia, terutama kuasa besar supaya mengingatkan Gaddafi mahupun memberi amaran kepada beliau agar tidak bertindak di luar batas kemanusiaan. Menggunakan kekuatan ketenteraan dan anggota keselamatan untuk menyerang dan membunuh penunjuk perasaan adalah pendekatan yang sama sekali tidak dapat diterima masyarakat dunia moden. 

Justeru, kita berharap Gaddafi akan mengambil iktibar daripada langkah Mubarak dan Ben Ali yang berundur ‘secara terhormat’ dan tidak terus cuba bertahan. Yang jelas kepada kita, jika Gaddafi bertindak menyerang penunjuk perasaan, rakyat juga akan bangkit bertindak balas mempertahankan diri mereka. Gaddafi seharusnya sedar bahawa sudah sampai masa beliau berundur selepas menguasai Libya selama empat dekad. Rakyat mahukan perubahan dengan kepemimpinan baru yang mampu membawa kesejahteraan kepada kehidupan mereka. Kehidupan mewah yang dilalui Gaddafi, keluarga dan kroninya sejak sekian lama sudah pasti tidak dapat lagi diterima rakyat dan akhirnya bangun mendesak agar beliau segera berundur sebagai ketua kerajaan.

Pada masa yang sama, kekacauan yang tercetus di Libya juga menyebabkan harga minyak melambung tinggi dan boleh memburukkan ekonomi dunia yang sedang dalam proses pemulihan. Libya adalah antara pengeluar utama minyak dunia, jika pengeluarannya terjejas ia akan memberi kesan kepada negara lain di dunia, terutama peningkatan kadar inflasi. Kita juga berharap rakyat negara ini yang tinggal di Libya dapat diselamatkan seperti yang dilakukan di Mesir. Setakat ini, 190 rakyat kita yang terkandas di Libya sudah dibawa keluar menggunakan pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Kita yakin sebagai kerajaan prihatin, pemimpin negara akan melakukan apa saja bagi memastikan rakyat negara ini selamat daripada sebarang ancaman, walaupun di mana mereka berada. 




Kredit: www.bharian.com.my


KITA sering mendengar alasan nusyuz atau derhaka oleh suami dalam memberikan justifikasi bagi menafikan tuntutan isteri terhadap segala hak mereka dalam rumah tangga. Ia seperti nafkah bulanan, tunggakan saraan hidup mahupun tuntutan yang lebih besar seperti mutaah, tempat tinggal dan harta sepencarian.

Jarang sekali kita mendengar persoalan suami ‘nusyuz’, suami ingkar atau durhaka terhadap isteri mereka. Malahan ada yang terkejut apabila saya mengutarakan isu ini semasa mengendalikan beberapa program celik undang-undang bagi wanita anjuran Jabatan Pembangunan Wanita.
 
Ada juga yang mengatakan ia tidak pernah dibicarakan dalam mana-mana kitab.

Tidak dinafikan dalam Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia, tiada sebarang peruntukan bagi menjelaskan kedudukan suami ‘nusyuz’ terhadap isteri mereka.
 
Namun isu ini adalah isu yang hangat diperbincangkan oleh golongan ulama mahupun mereka yang terlibat dalam bidang undang-undang syarie hingga kekeliruan terjadi. Akibatnya sebahagian besar berpandangan nusyuz hanyalah kesan tindakan yang dilakukan oleh isteri dalam kehidupan berumah tangga.
 
Hakikatnya Allah SWT melalui Surah An-Nisa’ (4) ayat 128 dengan jelas menzahirkan persoalan ini melalui mafhum firmannya: “Dan jika seorang wanita khuatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya,dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tidak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Melalui ayat ini adalah sangat jelas bahawa golongan suami juga boleh menjadi nusyuz melalui tindak-tanduknya dalam menerajui rumah tangga.
 
Justeru, menurut perundangan Islam yang sebenar, nusyuz boleh membabitkan kelakuan pihak suami serta isteri dan bukan hanya kelakuan isteri sahaja. Al-Quran menyebut tentang nusyuz oleh pihak suami (melalui Surah 4:128 yang dinyatakan di atas) dan nusyuz oleh pihak isteri (melalui Surah 4:34 yang bermaksud:” laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang soleh, adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khuatirkan akan nusyuz, hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alas an untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Mahatinggi, Maha besar”.
 
Almarhum Prof. Hamka dalam kitabnya Tafsir Al-Azhar Juzuk 5 muka surat 1,452 telah mengupas persoalan ‘suami nusyuz’ ini. Antara lain beliau menyatakan: “Nusyuz yang sebaliknya iaitu si suami yang tidak senang atau telah benci atau telah bosan kepada isterinya. Hal ini biasa terjadi pada orang yang beristeri lebih dari satu atau telah jatuh hati kepada perempuan lain.”

Sesetengah ulama berpendapat, nusyuz dari pihak suami terjadi apabila suami bersikap keras terhadap isterinya, tidak mahu menggaulinya dan tidak memberikan hak isterinya mengikut lunas syarak.
 
Adalah jelas, persoalan nusyuz dalam rumah tangga bukan hanya boleh terjadi akibat daripada perlakuan dan tindakan isteri semata-mata.

Suami juga boleh menjadi ‘nusyuz’ melalui tindakan, pengabaian dan perlakuan mereka dalam mentadbir rumah tangga.

Lebih menarik, menurut Muhammad Thalib dalam bukunya 30 Perilaku Durhaka Suami Terhadap Isteri, suami boleh dianggap ‘nusyuz’ terhadap isterinya dalam hal-hal antara lain seperti berikut:

*Gagal atau enggan memberikan nafkah (zahir atau batin).

*Gagal menyediakan tempat tinggal yang selamat.

*Tidak membayar mahar.

*Menyebabkan kemudaratan (memukul) tubuh badan isteri.

*Membebankan isteri.

*Memperlakukan isteri dengan kasar.

*Merosakkan martabat isteri.

*Menghalau isteri tanpa alasan dan

*Menuduh isteri berzina tanpa saksi.

Keharmonian rumah tangga perlu dijadikan asas pembinaan sebuah keluarga bahagia.

Janganlah mana-mana pasangan sama ada suami atau isteri melakukan tindakan mahupun perbuatan yang boleh dianggap nusyuz antara satu sama lain.
 
Justeru, marilah kita menyedari (terutamanya golongan lelaki) bahawa kadang kala ketika menuding jari kepada isteri dalam hal-hal penolakan mereka terhadap arahan dan suruhan suami, sebenarnya suamilah pada peringkat permulaannya yang telah gagal, ingkar atau lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Ini berkemungkinan besar menjurus kepada suami menjadi nusyuz kepada isteri tersebut. Ingat! suami juga boleh nusyuz terhadap isteri.






















Kredit: www.utusan.com.my


Isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan.

Inilah yang telah berlaku pada masyarakat kita pada masakini. Maksiat dan aktiviti seksual yang bebas berlaku dimana-mana. Anak-anak remaja kini terutamanya remaja Melayu yang beragama Islam tidak mengenal dosa atau pahala. Malah ada diantara mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang memberikan pendidikan yang baik. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan apa yang dilakukan hanya mendatangkan dosa. Dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang lahir bukan dari kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah mereka yang mementingkan diri sendiri.

Hampir setiap minggu kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. Tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui.

Apakah kita ini ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Tetapi lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya. 
Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah ianya semakin menjadi-jadi sehingga tidak dapat di bendung lagi

Islam dan agama utama di Malaysia yang lain sangat mengharamkan dan menegah pengguguran dan pembuangan bayi di kalangan masyarakat. Ianya boleh dianggap satu dosa yang besar kerana membunuh dengan niat. Sebagaimana yang telah disebut dalam Al-Quran surah An-Nisa' ayat 93:
Maksudnya:
"Dan sesiapa yang membunuh mukmin dengan sengaja maka balasannya neraka jahanam, kekal dia didalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknat akannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar".

Namun apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala seperti ini? Ada yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi. Mungkinkah didikan agama dari ibu bapa yang kurang terhadap anak-anak mereka atau terlebih didikan? Tetapi ibu bapa tidak boleh dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Ini kerana ada diantara ibu bapa yang memberi didikan agama yang sempurna kepada anak mereka tetapi apabila meningkat dewasa dan anak-anak membawa haluan mereka sendiri, segala ajaran ibu bapa akan dilupakan sedikit demi sedikit. Maka anak-anak mula bertindak liar tanpa pengawasan ibu bapa. 

Mungkin juga ianya berpunca dari kemajuan teknologi dan media cetak dan elektronik pada zaman sekarang yang banyak memberi pendedahan seks dan bahan yang tidak berfaedah kepada remaja. Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, penyebaran VCD dan gambar lucah didalam internet juga menjadi punca yang turut mendorong seseorang terjebak ke lembah kezinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah disamping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat. Namun semuanya datang dari diri remaja itu sendiri samada mereka ingin memilih jalan yang betul atau tidak. Ini kerana diri sendiri sahaja yang mampu megubah segalanya.

Oleh itu, sesungguhnya gejala seperti ini tidak akan ada penghujungnya sekiranya tiada kesedaran di kalangan masyarakat untuk mengubah sikap mereka. Ini kerana gejala pembuangan bayi ini adalah satu kesalahan yang amat kejam dan lebih kejam lagi dari perbuatan haiwan. Sedangkan haiwan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap anak-anaknya sehingga sanggup mati demi anak. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-A'araf ayat 179:
Maksudnya:
"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".
Oleh itu, renung-renungkanlah.


Disediakan oleh
Bahagian Dakwah,
Jabatan Agama Islam Selangor

Dipetik daripada

www.jais.gov.my


Protes besar-besaran di Mesir kini memasuki hari keenam, selepas protes menuntut perubahan politik di negara itu meningkat dengan dramatik bermula selepas solat Jumaat yang lepas.

Situasi masih lagi panas dengan protes di bandar-bandar utama berterusan, dan aktivis Mohamed el-Baradei menyertai protes, mengambil peranan kepimpinan dengan memberi ucapan-ucapan menuntut pengunduran Hosni Mubarak dan menyatakan bahawa perubahan makin hampir.

Masih terlalu awal untuk memutuskan dan menyimpulkan apa-apa berhubung perkembangan di Mesir ketika ini, tetapi apa yang jelas ialah prospek perubahan semakin kelihatan di negara Arab berpengaruh itu.

Beberapa isu utama walau bagaimanapun dapat diperhatikan dalam perkembangan di Mesir, melibatkan tindakan Hosni, reaksi Washington dan laporan-laporan dan ulasan terhadap peritstiwa bersejarah di negara itu pada masa ini.


1. Berdasarkan perkembangan semasa, Presiden Hosni Mubarak tidak nampak lagi boleh mengekalkan kedudukan sebagai pemimpin Mesir dengan hanya melakukan perubahan-perubahan seperti melantik naib presiden dan melantik kabinet baharu. Sekiranya masih kekal, Hosni akan berdepan masalah yang besar dan bakal kehilangan sokongan kuasa besar dan masyarakat antarabangsa, serta terus berdepan tentangan rakyat.


2. Pelantikan Omar Suleiman yang mempunyai hubungan baik dengan Israel dan Amerika Syarikat (termasuk berperanan dalam extraordinary rendition) tidak menjanjikan apa-apa yang positif kepada rakyat Mesir melainkan hanya untuk kepentingan kuasa asing dan Hosni sendiri. Pelantikan Omar sama sekali bukan apa yang dituntut dan perlu dilakukan.


3. Mohamed el-Baradei semakin mempunyai potensi untuk muncul sebagai pemimpin baharu Mesir, sebahagian besarnya kerana sokongan Barat dan popularitinya di Mesir pada masa ini, dan digelar sebagai figur penyatu dalam politik Mesir. Beliau juga merupakan tokoh yang paling banyak menerima liputan positif media asing. Penyertannya dalam protes mendapat ulasan positif dan diangkat sebagai pemimpin yang berani berdepan Hosni serta menuntut diktator itu berundur. Hal ini juga menunjukkan sisi politik domestik bukan satu-satunya naratif yang sepatutnya diterima dalam melihat perkembangan di Mesir dan Asia Barat pada masa ini.


4. Ikhwan al-Muslimin mula menerima serangan mengaitkannya dengan unsur-unsur "militan" dan "teroris," dalam rangka wacana yang kritikal terhadap sebarang elemen Islam dalam politik. Walaupun sejarah menunjukkan rekod yang tidak sepenuhnya baik bagi Ikhwan, kumpulan ini merupakan kuasa politik yang sah di Mesir. Kritikan Ikhwan tidak terlibat dalam penentangan juga menyeleweng kerana kumpulan ini berdepan tekanan dan tangkapan pasukan keselamatan secara agresif, terbaharu sejak 2009.


5. AS telah bertindak berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung protes dengan cuba mengimbangi sokongan kepada hak fundamental rakyat dengan desakan perubahan kepada rejim Hosni. Kenyataan Setiausaha Negara Hillary Clinton Jumaat lalu cuba mengimbangi dan menyediakan ruang manuver pada masa depan, apapun kesudahan kepada rejim Hosni. Jelas bahawa Washington masih menyokong rejim sedia ada, tetapi tetap akan meneruskan hubungan baik dengan pemerintah selepas ini sekiranya rejim sekarang tumbang. Apabila tiba masanya, AS juga akan mendesak Hosni berundur.


6. Kepentingan AS - dan Israel - di Mesir terlalu besar dan tidak terhad kepada rejim Hosni. Selepas Israel, Mesir ialah penerima bantuan ketenteraan terbesar dari AS. Malah, kepentingannya mungkin akan dapat lebih dipelihara dan dicapai di bawah pemerintah baharu. Kedudukan Mesir sebagai negara Arab pertama mengiktiraf Israel dan yang paling berkeupayaan berperang dengan Israel - terutama disebabkan faktor sempadan - menjadikan Mesir tidak boleh dilepaskan oleh Washington. Palestin dan Gaza ialah satu isu yang paling menjadikan Mesir diperlukan oleh Israel untuk bekerjasama dengannya, kerana hanya Mesir negara yang boleh menguatkuasakan kepungan Gaza selain Israel.


7. Perubahan politik di Mesir bakal mencetuskan gelombang yang jauh lebih besar berbanding yang tercetus dari Tunisia. Walaupun tidak semestinya akan membawa kepada perubahan rejim lain, perkembangan di Mesir telah mengubah permainan di Asia Barat. Sekiranya perubahan yang bermakna terlaksana di Mesir, termasuk dalam aliansi dengan Jordan dan Arab Saudi, lanskap politik serantau akan berubah dengan dramatik. Perubahan dalam aliansi Kaherah-Riyadh-Amman secara dramatik mampu menjejaskan pengaruh kuasa-kuasa terbesar dunia Arab itu.



dipetik daripada http://www.harakahdaily.net
Older Posts Home
MENU UTAMA
Halaman
e-Quran
e-Bacaan
Info Solat
Cadangan
Hubungi Kami
Advertisement

Ruangan Video



Kitab Tartil al-Quran al-Kareem

Category

  • SEJARAH
  • TAZKIRAH

Tafsir Quran al-'Azim
2011@Fakulti Quran Sunnah. Hak Cipta Terpelihara.

Projek Khas : Subjek Kajian Hadis dan al-Quran di Era ICT
Designed by PatchiDesign
Hit Counter
Jabatan Quran dan Sunnah
Fakulti Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
E-mel: nisa.usim@gmail.com