Blogger templates


  • Halaman Utama
  • Quran
    • Tafsir
    • Kisah dalam Quran
    • Israiliyyat
  • Menu 1
    • SRA Al-Suyuthi
  • Menu 2
  • Menu 3
  • Menu 4
  • 404 Error Page
  • Halaman Utama
  • Quran
    • Tafsir
    • Kisah dalam Quran
    • Israiliyyat
  • Hukum Tajwid
    • Mad
    • Waqaf
    • Hamzah
    • Qalqalah
    • Nun dan Tanwin
    • Nun dan Mim
    • Mim Sukun
    • Lam Sukun
    • Bertemu Dua Sukun
    • Tafkhim dan Tarqiq
    • Pertemuan Dua Huruf
  • Qiraat
    • Imam Nafi'
    • Imam Ibn Kathir
    • Imam Abu Amru al-Bashri
    • Imam Abu Aamir al-Dimasyqi
    • Imam Aashim al-Kufi
    • Iman Hamzah al-Kufi
    • Imam Kisaie al-Kufi
  • Tarannum
    • Sejarah
    • Bayyati
    • Nahawand
    • Rast
    • Hijaz
    • Saba
    • Jiharkah
    • Sikah
You are here : Home »
Showing posts with label Tajwid5. Show all posts

Nun Sākinah:

Nun Sākinah ialah nun yang tidak berbaris atau lebih dikenali sebagai nun mati. Nun Sākinah adalah suara yang keluar dari pangkal hidung (khaisyum) dan ia akan mengeluarkan suara dengung atau sifat ghunnah sebagai suatu ciri yang mesti ada pada nun Sākinah ini.

Tanwin:

Tanwin ialah baris dua sama ada baris dua di atas (fathataan), baris dua bawah (kasrataan) atau baris dua di hadapan (dhommataan). Tanwin adalah  suatu yang bernun iaitu baris yang mengeluarkan suara nun  Sākinah secara  tidak langsung (zaidah) walaupun nun tersebut tidak kelihatan.



 
1.  1.   IQLAB

Iqlab pada bahasa bermaksud merubah.

 Pada istilah adalah pengucapan nun mati atau tanwin  yang  bertemu  dengan huruf ba' yang berubah menjadi mini dan disertai dengan ghunnah.

   Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf ba’, maka cara bacanya adalah menukar bunyinya menjadi mim, ditekan dan ditahan sedikitnya dua harakat.

Contoh:

 


1.  2.  Idgham

Idgham, pada bahasa bermaksud memasukkan. Sedangkan menurut ilmu tajwid adalah pengucapan nun mati atau tanwin secara lebur ketika bertemu huruf-huruf idgham, atau pengucapan dua huruf seperti dua huruf yang ditasydidkan.

Terdapat dua bahagian dalam Idgham:
1.    idgham bighunnah.
2.    idgham bilaghunnah.

Idgham m’aal bighunnah:

  Apabila nun mati atau tanwin bertemu dengan salah satu dari huruf-huruf berikut: 




            
Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf-huruf Idgham Ma'al Ghunnah, cara bacanya adalah memasukkan nun mati  atau tanwin kepada huruf di depannya dengan mendengung, ditekan dan ditahan sedikitnya dua harakat.

Contoh:




Idgham bilaghunnah:
Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf idgham bilaghunnah iaitu: 




Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sakinah atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, cara membacanya adalah mengidghomkan atau memasukkan nun mati atau tanwin pada lam dan ro’ tanpa dengung, tidak ditekan dan tidak boleh ditahan.

Contoh:



3. izhar halqi 
 
Dari segi bahasa, Izhar bererti jelas atau nyata. Halqi pula bererti kerongkong. 

Dari segi istilah, Izhar bermaksud melafazkan nun sākinah dengan jelas tanpa dengung.
Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan salah satu huruf  halqi iaitu: 




Izhar bermaksud jelas, oleh itu hendaklah dijelaskan sebutan nun Sākinah dan tanwin itu tanpa mendengungkannya. Ini dapat dipastikan dengan menekan hujung lidah ke gusi depan sebelah atas dan tidak membawa suara ke pangkal hidung.

          Cara membacanya harus terang, jelas dan pendek, bunyi suaranya tidak samar, tidak dengung dan tidak boleh ditahan dan jangan ditekan.

Contoh:







   4.  Ikhfa’ haqiqi
Ikhfa’ haqiqi pada bahasa bermaksud menutupi. Sedangkan yang dimaksudkan di sini adalah pembacaan huruf nun mati atau tanwin ketika bertemu dengan huruf-huruf Ikhfa' memiliki sifat antara izhar dan idgham dengan disertai ghunnah. 

Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan huruf-huruf berikut:



Cara membacanya dengan menyamarkan bunyinya, mendengung, ditekan dan ditahan sedikitnya dua harakat.

 Contoh:
















Kredit: www.rehal.org








 

Older Posts Home
MENU UTAMA
Halaman
e-Quran
e-Bacaan
Info Solat
Cadangan
Hubungi Kami
Advertisement

Ruangan Video



Kitab Tartil al-Quran al-Kareem

Category

  • SEJARAH
  • TAZKIRAH

Tafsir Quran al-'Azim
2011@Fakulti Quran Sunnah. Hak Cipta Terpelihara.

Projek Khas : Subjek Kajian Hadis dan al-Quran di Era ICT
Designed by PatchiDesign
Hit Counter
Jabatan Quran dan Sunnah
Fakulti Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
E-mel: nisa.usim@gmail.com