Blogger templates


  • Halaman Utama
  • Quran
    • Tafsir
    • Kisah dalam Quran
    • Israiliyyat
  • Menu 1
    • SRA Al-Suyuthi
  • Menu 2
  • Menu 3
  • Menu 4
  • 404 Error Page
  • Halaman Utama
  • Quran
    • Tafsir
    • Kisah dalam Quran
    • Israiliyyat
  • Hukum Tajwid
    • Mad
    • Waqaf
    • Hamzah
    • Qalqalah
    • Nun dan Tanwin
    • Nun dan Mim
    • Mim Sukun
    • Lam Sukun
    • Bertemu Dua Sukun
    • Tafkhim dan Tarqiq
    • Pertemuan Dua Huruf
  • Qiraat
    • Imam Nafi'
    • Imam Ibn Kathir
    • Imam Abu Amru al-Bashri
    • Imam Abu Aamir al-Dimasyqi
    • Imam Aashim al-Kufi
    • Iman Hamzah al-Kufi
    • Imam Kisaie al-Kufi
  • Tarannum
    • Sejarah
    • Bayyati
    • Nahawand
    • Rast
    • Hijaz
    • Saba
    • Jiharkah
    • Sikah
You are here : Home »
Showing posts with label Tajwid9. Show all posts




Apabila bertemu dua huruf Sukun maka pada ketika itu perlu diselesaikan salah satu dari kedua-duanya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kaedah Bahasa Arab, sama ada membuang huruf pertama yang bersukun atau membariskannya. Perlu diberi perhatian berdasarkan panduan daripada laman web www.al-islam.com bahawa keadaan sebegini diharuskan ketika ingin menyambung bacaan sahaja. 

      Menggugurkan Huruf Awal Sukun

Huruf Mad dibuang pada ketika ingin menyambung bacaan sahaja apabila terdapat huruf Hamzah yang bersambung selepas huruf  Mad. Ia dibuang pada bacaan sahaja tidak pada tulisan kerana biasanya ia tercatat di dalam al-Quran seperti:( إذا الشمس كورت ). Kadangkala huruf Mad dibuang pada bacaan sambung dan berhenti kerana ianya tidak tercatat di dalam tulisan apabila terdapat selepasnya huruf Hamzah yang bersambung. Contohnya membuang huruf Ya' dari kalimah:( تحي )di dalam ayat al-Quran:(ربي أرني كيف تحي الموت ).






      Membariskan Huruf Awal Sukun

 Untuk menyelesaikan pertemuan dua huruf yang bersukun, perlu  dibariskan huruf Sukun yang pertama sama ada dengan baris atas, baris bawah atau baris hadapan.

            Baris Bawah

Huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah (untuk mengelakkan) pertemuan dua huruf Sukun jika sekiranya huruf Sukun pertama di akhir kalimah pertama dan huruf Sukun kedua ialah Hamzah Wasal, berada pada awal kalimah kedua. Di dalam keadaan ini huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah dan Hamzah Wasal digugurkan di dalam bacaan.
 Contohnya( قل أدعوا الله)keadaan demikian bukanlah dalam bentuk huruf tersebut berbaris atas dan hadapan.


Perhatian penting: Nun yang terbit dari Tanwin jika terdapat Hamzah Wasal selepas Nun Tanwin, Nun tersebut dibariskan dengan baris bawah dengan syarat huruf yang berbaris ini dibaca di dalam keadaan sambung sahaja contohnya Tanwin dalam kalimah( عادا )di dalam ayat( عادا الأولى )dan Lam( الاسم )yang terdapat di dalam surah al-Hujurat kerana ia terletak antara dua huruf Hamzah yang bersambung, oleh sebab itu Huruf Lam dibariskan dengan baris bawah untuk mengelakkan dari bertemu dua Sukun.





            Baris Atas

Huruf Sukun pertama dibariskan dengan baris atas (untuk mengelak dari bertemu dua Sukun) di dalam dua keadaan  iaitu:
Pertama: Nun di dalam kalimah( من )jika terdapat selepasnya Hamzah yang bersambung seperti:( وأنا على ذلكم من الشاهدين).

 Kedua: Huruf Ya' (ganti nama kepada orang yang bercakap), apabila terdapat Hamzah yang bersambung selepasnya seperti:( أذكروا نعمة التي أنعمت عليكم ).





     Baris Hadapan

Terdapat dua keadaan (untuk mengelak dari bertemu dua huruf Sukun) yang membolehkan Sukun pertama dibariskan dengan Dhammah:
Pertama: Huruf Wau yang menunjukkan kepada bilangan ramai apabila terdapat selepasnya Hamzah Wasal contohnya:( فتمنوا الموت إن كنتم صادقين ).
Kedua: Huruf Mim yang menunjukkan kepada bilangan ramai apabila terdapat selepasnya Hamzah Wasal contohnya:( وسخر لكم الليل والنهار ).



Kredit: www.pakarhowto.com

Older Posts Home
MENU UTAMA
Halaman
e-Quran
e-Bacaan
Info Solat
Cadangan
Hubungi Kami
Advertisement

Ruangan Video



Kitab Tartil al-Quran al-Kareem

Category

  • SEJARAH
  • TAZKIRAH

Tafsir Quran al-'Azim
2011@Fakulti Quran Sunnah. Hak Cipta Terpelihara.

Projek Khas : Subjek Kajian Hadis dan al-Quran di Era ICT
Designed by PatchiDesign
Hit Counter
Jabatan Quran dan Sunnah
Fakulti Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
E-mel: nisa.usim@gmail.com