Blogger templates


  • Halaman Utama
  • Quran
    • Tafsir
    • Kisah dalam Quran
    • Israiliyyat
  • Menu 1
    • SRA Al-Suyuthi
  • Menu 2
  • Menu 3
  • Menu 4
  • 404 Error Page
  • Halaman Utama
  • Quran
    • Tafsir
    • Kisah dalam Quran
    • Israiliyyat
  • Hukum Tajwid
    • Mad
    • Waqaf
    • Hamzah
    • Qalqalah
    • Nun dan Tanwin
    • Nun dan Mim
    • Mim Sukun
    • Lam Sukun
    • Bertemu Dua Sukun
    • Tafkhim dan Tarqiq
    • Pertemuan Dua Huruf
  • Qiraat
    • Imam Nafi'
    • Imam Ibn Kathir
    • Imam Abu Amru al-Bashri
    • Imam Abu Aamir al-Dimasyqi
    • Imam Aashim al-Kufi
    • Iman Hamzah al-Kufi
    • Imam Kisaie al-Kufi
  • Tarannum
    • Sejarah
    • Bayyati
    • Nahawand
    • Rast
    • Hijaz
    • Saba
    • Jiharkah
    • Sikah
You are here : Home »
1)Antara dua surah sama seperti Abu ‘Amru.

2)Tawassut pada mad munfasil dan muttasil.

3)Hamzatain min kalimah dengan tashil dan tahqiq pada hamzah kedua bersama idkhal jika hamzah tersebut maftuhah. Dibaca dengan tahqiq bersama idkhal atau tidak jika hamzah kedua maksurah atau madhmumah. Bacaan ini semuanya untuk Hisyam sahaja, manakala Ibn Zakuan sama seperti Hafs.

4)Ibdal hamzah di hujung kalimah ketika waqf untuk Hisyam sahaja.

5)Riwayat Hisyam idgham dhal ( إذ ) pada sesetengah huruf seperti ( إذ تبرأ الذين اتبعوا ). Kedua-dua rawi idgham dal pada tha’ ( ومن يرد ثواب ), tha’ pada ta’ ( لبثت، لبثتم ) (di mana sahaja),dhal pada ta’ ( أخذت، أخذتم ) (dalam apa bentuk).

6)Hisyam imalah alif ( إناه ) (al-Ahzab), ( ومشارب ) (Yasin), ( عابدون وعابد ) (al-Kafirun) dan ( ءانية ) (al-Ghasyiyah).

7)Hisyam baca ( إبرهيم ) pada sesetengah tempat dengan fath ha’ dan alif selepasnya.

8)Ibn Zakuan imalah alif pada ( جاء ، شاء ) di mana sahaja dan bagaimana bentuk dan lafaz-lafaz ( حمارك ، عمران، ولأكرم، كمثل الحمار ، إكراههن، المحراب ).

9)Ibn Zakuan baca ( وإن إلياس ) dengan wasl hamzah.





Kredit : Dinamika Ilmu Qira’at Qur’aniyyah




1)Basmalah antara dua surah melainkan antara al-Anfal dan al-Taubah (seperti Qalun).

2)Dhommah mim jama’ dan disilah dengan waw jika sekiranya selepas mim jama’ ada huruf berbaris.

3)Silah ha’ dhomir dengan waw jika sekiranya ha’ tersebut madhmumah dan manakala huruf sebelumnya sakin dan huruf selepasnya berbaris ( مِنهُ ءايات ). Disilah dengan ya’ jika maksurah,manakala huruf sebelumnya sakinah dan selepasnya berbaris ( فيهِ هدى ).

4)Mad Munfasil dengan qasr dan Muttasil dengan tawassut.

5)Tashil hamzah kedua pada hamzatain min kalimah tanpa idkhal alif antara kedua-duanya.

6)Pada hamzatain min kalimatain rawinya khilaf. Jika sama baris, Al-Bazzi: baca seperti Qalun dengan isqat hamzah pertama pada maftuhatain. Dengan tashil hamzah pertama pada maksuratain dan madmumatain. Manakala Qunbul : Tashil hamzah kedua atau ibdal jadi huruf mad seperti Warsy. Manakala pada baris yang tidak sama,Ibn Kathir dengan kedua-dua rawinya ibdal hamzah kedua seperti Qalun dan Warsy.

7)Fath ya’ idhofah jika selepasnya hamzah qat’ maftuhah atau hamzah wasl yang ada alif lam takrif atau tidak.

8)Ithbat sesetengah ya’ za’idah ketika wasl dan waqf.

9)Waqf ta’ maftuhah dengan ha’ ( رحمت الله، جنت )




Kredit : Dinamika Ilmu Qira’at Qur’aniyyah
1) Menyambung setiap akhir surah dengan surah berikutnya tanpa membaca basmalah di antaranya.

2) Membaca dengan dhammahkan ha’ ketika wasal dan waqaf pada tiga lafaz berikut: (عليهم), (إليهم) dan (لديهم).

3) Membaca dengan sukunkan ha’ pada: (يؤده إليك), (نوله),(ما تولى ونصله جهنم),(نؤته منه) dan (فألقه إليهم).

4) Membaca dengan ishba’ iaitu dengan kadar enam harakat pada kedua-dua mad iaitu al-muttasil dan al-munfasil.

5) Membaca dengan sakhtah pada (ال) dan (شيء), riwayah khalaf juga membaca secara sakhtah pada al-mafsul contohnya ( عذاب أليم).

6) Mengubah hamzah ketika waqaf sama ada di tengah kalimah seperti ( يومنون ) ataupun di akhir kalimah seperti (ينشي),memerlukan perincian dalam topik ini.

7) Riwayah Khalaf membaca dengan idghamkan dhal idh pada huruf dal dan ta’, manakala riwayah Khallad mengidghamkan keseluruhan huruf-hurufnya (dhal idh)kecuali huruf jim.

Kedua-dua rawi ini membaca dengan idghamkan dal qad pada keseluruhan huruf-hurufnya, ta’ ta’nith pada keseluruhan huruf-hurufnya, membaca dengan idghamkan lam hal pada tha’ (هل ثوب الكفار) dalam surah al- Mutaffifin,Lam Bal pada huruf sin (بل سولت لكم) dalam surah Yusuf dan pada huruf ta’ contoh : (بل تأتيهم )

Membaca dengan idghamkan ba’ yang majzum dalam huruf fa’ contoh (وإن تعجب فعجب) ini merupakan bacaan bagi riwayah Khallad. Membaca dengan idghamkan dhal ke dalam ta’ pada (عذت),(أتخذتم ) dan (فنبذته ) ,dan huruf tha’ ke dalam ta’ pada (أورثتموها ) dan (لبثت ) pada semua tempat dalam al-Quran.

8) Membaca dengan imalahkan alif pada Zawati al-Ya’ dan alif yang ditulis dengan ya’ di dalam mushaf-mushaf Uthmani contoh (الهدي),(اشتري ) dan (النصرى). Membaca dengan imalahkan alif pada (خاب ),( خافوا ),( طاب ),( ضاقت ),( وحاق ),( زاغ ),( جاء ),( شاء ) dan ( زاد ).

Membaca dengan taqlil pada alif yang terletak di antara dua ra’ yang mana ra’ kedua merupakan ra’ yang terletak di hujung dan berbaris kasrah contoh: ( إن كتب الأبرار ) dan ( من الأشرار ).

9) Membaca dengan sukunkan ya’ al-Idhofah pada (قل لعبادي الذين ءامنوا) dalam surah Ibrahim dan ( يعبادي الذين أسرفوا) dalam surah al-Zumar dan yang seumpama dengan itu seperti yang telah ditetapkan oleh ulama’.

10) Membaca dengan ithbatkan ya al-za’idah pada ( أتمدونني بمال ) dalam surah an-Naml dan (ربنا وتقبل دعائي ) dalam surah Ibrahim.





Kredit : Dinamika Ilmu Qira’at Qur’aniyyah
1) Membaca basmalah di antara dua surah kecuali di antara surah al-Anfal dan Bara’ah, di sini dibaca dengan waqf atau sakht atau wasal.

2)Membaca dengan tawassut pada dua mad iaitu al-muttasil dan al-munfasil dengan kadar empat harakat
3)Membaca dengan idgham pada dhal idh kecuali pada huruf jim. Membaca idgham pada dal qad, ta’ ta’nith,lam hal dan bal pada keseluruhan huruf-hurufnya.

Membaca dengan idgham pada huruf ba’ yang majzum ke dalam huruf fa’ contohnya (قال اذهب فمن تبعك منهم ), dan membaca dengan idgham fa’ majzumah ke dalam huruf ba’ pada ( إن نشأ نخسف بهم ) dalam surah Saba’. Riwayah al-Laith iaitu Abu Harith membaca dengan idgham pada lam majzumah ke dalam huruf dhal pada ( يفعل ذلك ) di mana sahaja di dalam al-Quran yang ada lafaz ini.

Membaca dengan idgham dhal ke dalam huruf ta’ pada ( عذت ),( فنبذتها ),( أتخذتم ) dan ( أخذتم ). Membaca idgham pada tha’ ke dalam huruf ta’ pada ( أورثتموها ), ( لبثت ) dan ( لبثتم ).

4)Membaca imalah di tempat diimalahkan oleh Imam Hamzah dalam bab al-Alifat dan beliau menambah imalah tersebut kepada sebahagian lafaz-lafaz lain sepertimana yang dijelaskan di dalam kitab-kitab Qiraat.

5)Membaca imalah pada huruf sebelum ha’ ta’nith ketika waqaf contoh ( رحمة ) dan ( الملئكة ) dengan syarat-syarat yang khusus.

6)Membaca pada ta’ maftuhah ketika waqaf dengan ha’ contoh ( شجرت ), ( بقيت ) dan ( وجنت ).

7)Membaca dengan sukun ya’ al-idhofah pada (قل لعبادي الذين ءامنوا ) dalam surah Ibrahim dan ( يعابدي الذين ) dalam surah al-Ankabut dan al-Zumar.

8)Membaca dengan thabitkan ya’ za’idah pada ( يوم يأتي ) dalam surah Hud dan ( ما كنا نبغي ) dalam surah al-Kahf dalam keadaan wasal.



Kredit : Dinamika Ilmu Qira’at Qur’aniyyah
1)Basmalah antara dua surah kecuali antara al-Anfal dan al-Taubah yang dibaca dengan waqf,saktah dan wasl.

2)Munfasil dan muttasil dengan tawassut.

3)Syu’bah imalah alif (رمى) al-Anfal, (أعمى), 2 tempat surah al-Isra’,(نآى) al-Isra’, (ران) al-Mutaffifin , (هار) al-Taubah. Manakala Hafs imalah alif selepas ra’ pada (مجريها).

4) Syu’bah fath ya’ idhofah pada (من بعدى اسمه أحمد) al-Saf. Di baca sukun oleh Syu’bah pada (وأمى إلهين)al-Maidah,(أجرى إلا) di semua tempat, (وجهى لله) Al Imran dan al-An’am, (بيتى) Nuh dan (ولى دين) al-Kafirun.

5) Hadhf ya’ zaidah ketika wasl dan waqf bagi Syu’bah pada (فما ءاتان الله خير ) al-Naml.

6) Shu’bah baca (من لدنه) al-Kahf,dengan iskan dal bersama isyhmam beserta kasrah nun dan ha’ bersama isyba’ barisnya.

Kredit : Dinamika Ilmu Qira'at Qur'aniyyah
1) Antara dua surah :basmalah,saktah,wasl, melainkan antara surah Anfal dan Al-Taubah dengan qat’, saktah dan wasl (semuanya tanpa basmalah).

2) Al-Susi idgham mutamathilain (الرحيم ملك), mutaqaribain (وشهد شاهد) dan mutajanisain (ربكم أعلم بكم) dengan syarat-syaratnya.

3) Mad Muttasil dengan tawassut. Mad Munfasil : al-Duri qasr dan tawassut. Al-Susi qasr sahaja.

4) Tashil hamzah kedua pada hamzatain min kalimah bersama dengan idkhal antara kedua-dua hamzah tersebut.

5) Isqat hamzah pertama pada hamzatain min kalimatain yang sama baris.Ibdal hamzah kedua tidak sama baris seperti Ibn Kathir.

6) Riwayat al-Susi : Ibdal hamzah sakinah (المؤمنون، اطمأننتم، الذئب), melainkan tempat-tempat yang dikecualikan.

7) Idgham dhal (إذ) pada huruf-huruf khusus seperti (إذ دخلوا), dal (قد) pada huruf-huruf tertentu (فقد ظلم), ta’ ta’nith pada sesetengah huruf (كذبت ثمود). Juga idgham lam (هل) pada (هل ترى من فطور) (al-Mulk) dan (فهل ترى لهم من باقية) (al-Haqqah) dan idgham sesetengah huruf sakinah pada sesetengah huruf yang dekat makhraj dengannya (فنبذتها،عذت ، ومن يرد ثواب)

8) Taqlil alif ‘rumah’ ya’ yang berwazan (فعلى) (fath ya’) seperti (السلوى) atau kasrah fa’ seperti (سيماهم) atau dommah fa’ (المثلى). Imalah alif ‘rumah’ ya’ jika berada selepas ra’( اشترى، الذكرى، النصارى )juga jika selepas alif ada ra’ maksurah di hujung kalimah ( وعلى أبصارهم، من ديارهم). Imalah juga pada alif yang berada antara dua ra’ dengan syarat ra’ kedua maksurah dan berada di hujung kalimah (الأبرار،الأشرار). Al-Duri imalah perkataan (الناس) yang majrur.

9) Waqf ta’ maftuhah dengan ha’ ( بقيت الله، إن شجرة الزقوم ).

10) Fath ya’ idhofah jika selepasnya ada hamzah qat’ maftuhah (إنى أعلم) atau maksurah (فإنه منى إلا من اغترف غرفة بيده ). Juga pada hamzah wasl yang ada lam takrif (لا ينال عهدى الظالمين ) dan hamzah wasl yang tiada lam takrif (هرون أخى اشدد).

11) Ithbat sesetengah ya’ zaidah ketika wasl seperti (أجيب دعوة الداع إذا دعان).



Kredit : Dinamika Ilmu Qira'at Qura'niyyah
Nama : Abdullah b. Kathir b. 'Amru b. Abdullah b. Zazan b. Fairuz b. Hurmuz

Tarikh Lahir : 45 H di Makkah

Tarikh Wafat : 120 H di Makkah

Kinayah : Abu Ma'bud.

Sifat-sifatnya :

-Berbadan tegap dan tinggi.

-Berkulit hitam manis

-Bermata biru

-Putih kepalanya

-Janggut sentiasa diinai

- Fasih dan pandai berkata-kata

* Beliau adalah salah seorang tabi’i jalil, pernah berjumpa beberapa sahabat di Mekah antaranya Abdullah bin Zubair, Aba Ayyub Al-Ansori dan Anas bin Malik.

* Bertalaqi al-Quran daripada Abi Sa’ib Abdullah bin As-Sa’ib Al-Makhzumi, Abi Al-Hajjaj Mujahid bin Jabar Al-Makki dan daripada Dirbas Maula Ibnu Abbas.

* Pernah menjadi qadhi di Mekah dan imam qiraat kepada mereka .

* Antara yang meriwayatkan bacaan daripadanya ialah Ismail bin Abdullah Al-Qusth, Ismail bin Muslim, Hammad bin Salamah, Khalil bin Ahmad, Sulaiman bin Al-Mughirah, Syibl bin I’bad, Abdul Malik bin Jarih, Ibn Abi Malikah, Sufian bin Uyainah, Abu Amru Al-Ala’ dan Isa bin Umar.

* Pernah dinaqalkan daripada kata-kata imam As-Syafie bahawa bacaan kami adalah bacaan Ibnu Kathir.

* Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Bazzi dan Imam Qunbul.

PERAWI:

IMAM AL-BAZZI RA.

Nama : Ahmad b.Muhammad b.Abdullah b.al-Qosim b.Nafi' b. Abi Bazzah

Tarikh Lahir: 170H di Mekkah

Tahun Wafat: 250H ketika berusia 80 tahun di Mekkah.

Sifat-sifatnya:

-Di antara yang terawal meriwayatkan Qiraat Ibnu Kathir

- Di antara perawi Ibnu Kathir yang termasyur.

-Perawi yang terbaik yang boleh dipercayai

-Perawi yang dhobit yang merangkumi ingatan dan penulisan.

-Menjadi muazzin dan imam di Masjidil Haram selama 40 tahun.

* Beliau dinasabkan kepada nama datuknya yang terdahulu, Abi Bazzah. Nama Abi Bazzah ialah Basyar.

* Gelarannya Abu Al-Hassan.

* Perawi yang paling masyhur bagi imam Ibnu Kathir, paling adil dan thiqah.

* Mengambil bacaan itu daripada Ikrimah bin Sulaiman daripada Ismail bin Abdullah Al-Qusth dan daripada Syabil Ibnu Ibad daripada Ibnu Kathir.

* Pernah menjadi muazzin Masjidil Haram dan imam selama 40 tahun.

* Antara yang mengambil bacaan daripadanya ialah Al-Hassan bin Al-Habbab, Abu Rabi’ah , Ahmad bin Farh, Muhammad bin Harun, Muhammad bin Abdurrahman.


IMAM QUNBUL RA.

Nama : Muhammad b. Abd.Rahman b. Khalid b. Muhammad b. Said al-Mahzumi al-Makki

Tarikh Lahir : 195 H di Makkah

Tarikh Wafat : 291 H ketika berusia 96 tahun di Makkah.

Nama Kedua : Abu Amru

Gelaran : Qunbul

Sifat-sifatnya :

- Seorang yang dhobit dan diyakini di dalam Qiraat Ibnu Kathir.

- Terkenal dengan akhlak mulia.

-Seorang yang bertaqwa dan kuat dengan hukum agama.

* Mengambil bacaan secara langsung daripada Ahmad Ibnu Muhammad bin ‘Aun An-Nabal, Ahmad Al-Bazzi, Abi Al-Hassan Ahmad Al-Qowas, Ismail bin Syibil, dan Ma’ruf bin Miyskan.

* Beliau antara perawi Ibnu Kathir yang masyhur tetapi mendahuluinya oleh Bazzi kerana beliau juga bertalaqi dengan Bazzi.

* Antara yang mengambil bacaan daripada beliau ialah Abu Rabi’ah Muhammad bin Ishaq, Muhammad bin Abdul Aziz, Ahmad bin Musa, Muhammad bin Ahmad Ibn Qunbuz dan Abdullah bin Jubair.
Kredit :Manhaj Qiraat 10,Haji Mohd Nazri Bin Abdullah
* Namanya Ali bin Hamzah bin Abdullah bin Usman bin Bahman bin Fairuz Al-Asadi.

* Beliau berasal daripada Kufah kemudian bermastautin di Baghdad.

* Gelarannya Abulhassan. Digelarnya Al-Kisaie.

* Mengambil bacaan secara langsung daripada imam Hamzah sebanyak 4kali, dan beliau juga mempelajarinya daripada Muhammad bin Abi Laili, Isa bin Umar Al-Hamdzani, Imam Syu’bah, Ismail bin Jaafar dan Zaidah bin Qodamah.

* Beliau merupakan imam qiraat pada zamanya dan mengajar mereka.

* Imam yang masyhur selepas imam Hamzah, juga alim tentang ilmu nahu dan lughah.

* Berkata sebahagian ulama’: adapun imam Kisaie apabila membaca al-quran atau bercakap seolah malaikat yang berkata di mulutnya.

* Antara yang meriwayatkan bacaan daripadanya ialah Ahmad bin Jubair, Ahmad bin Mansur Al-Baghdadi, Hafs bin A’mru Ad-Duri, Abulharith Al-Laith, Abdullah bin Ahmad Zakwan, Abu Ubaid Al-Qosim bin Sallam, Qutaibah bin Mahran, Al-Mughirah bin Syuaib, Yahya bin Adam, Khallaf bin Hisham Al-Bazzar dan Yahya bin Yazid Al-Farra’.

* Meninggal dunia pada 189 hijrah ketika berusia 70 tahun.

* Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Abul Harith dan Imam Ad-Duri.




PERAWI:
IMAM Al-LAITH RA.

* Namanya Al-Laith bin Khalid Al-Marwazy Al-Baghdadi.

* Gelarannya Abul Harith.

* Mengambil bacaan secara langsung daripada Imam Kisaie dan beliau merupakan sahabat besar Imam Kisaie.

* Seorang yang thiqah, mantap lagi sempurna dalam qiraat.

* Antara yang meriwayatkan bacaan daripadanya ialah Salamah bin A’sim,Muhammad Ibnu Yahya,Fadhli bin Syazan dll.

* Meninggal dunia pada 240hijrah.



IMAM AL-DURI RA.

* Nama: Hafs bin Umar bin Abd Aziz bin Suhban bin ‘Ada bin Suhban ad-

Duri al-Azdi al-Baghdadi.

* Tahun Lahir:Tahun 150 H pada zaman al-Mansor.

* Tahun Wafat:Tahun 246 H pada zaman Mutawakkal.

* Kinayah:Abu ‘Amru

* Gelaran:Ad-Duri

* Asal:Baghdad


Sifat peribadi:

-Seorang yang benar

-Perawi terawal yang membukukan Ilmu Qiraat.

-Sebagai tempat rujukan di kalangan masyarakat pada zamannya kerana ketinggian sanad dan ilmunya.

-Beliau juga seorang yang pakar dalam bidang hadith.






Kredit : Manhaj Qiraat 10,Haji Mohd Nazri Bin Abdullah.





* Namanya Hamzah bin Habib bin I’marah bin Ismail al-Kufy al-Taimy.

* Gelarannya Abu Ammarah. Merupakan salah seorang Imam yang muktabar pada masanya dan juga merupakan Imam qura’ 7.

* Dikenali sebagai Az-Ziyyat. Digelar sedemikian kerana menjual minyak zaitun daripada Iraq ke Helwan. Juga menjual keju dan buah Jus.

* Dilahirkan pada tahun 80 hijrah serta sempat berjumpa dengan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW. Dikenali sebagai Tabien.

* Mengambil ilmu qiraat daripada Abi Muhammad Sulaiman bin Mahran al-A’masyh, Abi Hamzah Hamran bin A’yun, Abi Ishaq Amru bin Abdullah as-Sabi’e dan ramai Lagi.

* Telah berkata Imam Abi Hanifah: 2 perkara yang tidak akan kami balahkan dengan Imam Hamzah ialah ilmu yang berkaitan dengan Al-Quran dan Faraid.

* Telah berkata Imam Sufyan As-Thaury: Tidak akan membaca seseorang kepada Imam Hamzah huruf-huruf al-Quran melainkan ia akan meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam hatinya.

* Ramai yang meriwayatkan bacaannya di antaranya ialah Ibrahim bin Al-Adham, Hussain Bin Ali al-ja’fy, Sulaim bin Musa dan Imam Sufyan As-Thaury.

* Meninggal dunia pada tahun 156 hijrah di Helwan iaitu Sempadan negara Iraq ketika mencapai umur 76 tahun.

*Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Khalaf dan Imam Khallad.



PERAWI
 
Imam Khalaf Al-Kufy RA.

* Namanya ialah Khalaf bin Hisyam bin Tha’lab bin Khalaf al-Asady al-Baghdady Al-Bazzar.

* Gelarannya Abu Muhammad.Dia merupakan salah seorang yang meriwayatkan bacaan Imam Sulaim serta salah seorang daripada imam qura’ 7.

* Dilahirkan pada tahun 150 Hijrah.

* Mula menghafaz al-Quran krtika berumur 10 tahun dan mula menuntut ilmu qiraat ketika berumur 13 tahun.

* Bertalaqi al-Quran secara (Ardho) kepada Imam Sulaim bin Isa. Imam Abdurrahman Bin Hammad dan ramai lagi.

* Merupakan seorang yang zuhud,thiqah,alim serta abid kepada Allah SWT.

* Dia pernah berkata didalam kalamnya: Aku pernah musykil di-dalam ilmu Nahu maka dengan sebab itu aku telah menginfaqkan sebanyak 8000 dirham kemudian aku menghafaznya dan memeliharanya.

* Mereka yang telah meriwayatkan bacaannya secara (Ardho) dan (Sama'an) ialah Imam Ahmad b. Ibrahim, saudaranya Ishaq b. Ibrahim dan Imam Ibrahim bin Ali al- qisor dan ramai lagi.

* Meninggal dunia pada tahun 229 Hijrah pada bulan Jamadil Akhir di Baghdad.


Imam Khallad Al-Kufy RA.

* Namanya ialah Khalad bin Khalid al-Syaibany.

* Gelarannya Abu I’sa.

* Lahir pada tahun 119 hijrah. Dan menurut pendapat lain pada tahun 130 Hijrah.

* Mengambil ilmu qiraat secara (Ardho) daripada Imam Sulaim.

* Meriwayatkan bacaan al-quran daripada Imam Hussain bin Ali al-Ju’fy, daripada Imam Abi Bakar, daripada Imam A’sim, daripada Imam Abi Jaa’far.

* Merupakan seorang yang Thiqah dan tahu selok-belok ilmu Qiraat.

* Mereka yang meriwayatkan bacaannya secara (Ardho) ialah Imam Ahmad bin Yazid al-Helwany, Imam Ibrahim bin Ali al-Qisor, Imam Ali bin Hussain Ath-Thobary, Imam Ibrahim bin Nasr ar-Razzy dan ramai lagi.

* Meninggal dunia pada tahun 220 hijrah.

Kredit : Manhaj Qiraat 10,Haji Mohd Nazri Bin Abdullah
* Nama sebenarnya ialah A’sim bin Abdullah bin Abi Najud al-Asadi.

* Gelarannya ialah Abu Bakar.

* Nama ibunya ialah Bahdalah.

* Ada pendapat mengatakan bahawa gelaran bapanya ialah Abi Najud.

* Beliau merupakan salah seorang qura’ tujuh dan juga seorang tabien sepertimana yang telah diceritakan oleh 2 orang sahabat Nabi Muhammad SAW, mereka ialah Abi Ramsah Rifa'ah At-Tamimy dan Harith bin Hasan Al-Bakry.

* Beliau telah membaca qiraat kepada Imam Abi Abdurrahman Abdullah bin Habib bin Rabi'ah Al-Salmy Az-Dhorir.

* Beliau menjadi imam qiraat di kuffah selepas gurunya Abi Abdul Rahman al-Sulami

* Imam A'sim pernah menghimpunkan antara fasohah kalimah dan tajwid serta itqan.

* Imam A'sim meninggal pada tahun 127 hijrah di Kufah.

* Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Syu'bah dan Imam Hafs.





PERAWI

Imam Syu'bah Al-Kufy RA.

* Namanya ialah Syu’bah bin I’yyash bin Salim al-Hinadh An- Nahshily Al-Kufy.

* Kuniyyahnya ialah Abi Bakar.

* Dilahirkan pada tahun 95 hijrah.

* Mengambil ilmu qiraat dan bertalaqi daripada Imam A’sim beberapa kali dan juga daripada Imam Ato’bin Saib serta Imam Aslam al-Munqary pada waktu yang cukup lama melainkan dia menamatkan bacaannya 7 tahun sebelum kematiannya.

* Imam Syu'bah merupakan seorang Imam yang alim dalam pelbagai ilmu serta beramal dengannya dan juga beliau merupakan seorang penghafaz hadis Baginda Rasulullah SAW .

* Beliau adalah seorang Kibar Ulama’ pada masanya dan bermazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaa’h.

* Membaca al-Quran secara (Ardho) daripada Imam Abu Yussuf Yaa’qub bin Khalifah Al- A’sya, Imam Abdurrahman bin Abi Hammad, Imam Yahya bin Muhammad al-A’limy serta banyak lagi.

* Beliau telah Khatam al-Qur’an sebanyak 18 ribu kali.

* Beliau meninggal dunia pada bulan Jamadil Awwal tahun 193 hijrah.





Imam Hafs Al-Kufy RA.

* Namanya ialah Hafs bin Sulaiman bin Mughirah bin Abi Daud al-Asady al-Kufy Al-Bazzar. Dinisbahkan gelarannya al-Bazzar kerana Imam Hafs merupakan seorang penjual baju.

* Gelarannya ialah Abu Umar.

* Lahir pada tahun 90 hijrah.

* Mengambil bacaan qiraat secara (Ardho) dan bertalaqi daripada Imam A’sim. Adapun Imam Hafs merupakan anak tiri kepada Imam A’sim.

* Telah berkata Imam ad-Dani:- (Diambil dan dibaca bacaannya oleh keseluruhan manusia pada masa itu. Apabila dia pergi ke Baghdad dibaca oleh penduduk Baghdad akan bacaannya. Dan apabila pergi ke Mekah dibaca oleh penduduk Mekah akan bacaannya)

* Berkata Imam Yahya bin Mua’yyin: ( Riwayat yang paling soheh daripada riwayat bacaan Imam A’sim ialah riwayat Imam Hafs)

* Pendapat yang sohih, Imam Hafs meniggal dunia pada tahun 180 hijrah ketika berusia 90 tahun.







Kredit :Manhaj Qiraat 10,Haji Mohd Nazri Bin Abdullah.







* Beliau adalah Abdullah bin Amir Bin Yazid Bin Tamin Bin Rabiah Bin Amir Al-Yahsobii.

* Keturunannya sampai kepada Yahsab Bin Dahman.

* Beliau digelar dengan nama Abu Imran.

* Beliau merupakan qurra' yang paling tua dikalangan Qurra' yang tujuh dan juga sanad bacaannya paling tinggi dari yang lain.

* Beliau dilahirkan pada tahun 21 selepas Hijrah, ada pendapat mengatakan pada tahun kelapan Hijrah.

* Beliau telah bertalaqi Al-Quran dengan Ali bin Hashim Al-Mughirah bin Abi Shihab Abdullah bin Amru bin Al-Mughirah Al-Makhzumi yang tiada perselisihan lagi dikalangan muhaqqiqin dan kepada Abi Darda' U'waimir bin Zaid bin Qais sepertimana telah terputusnya bacaan imam Al-Hafiz Abu Amru Ad-Dani dengannya. Seterusnya telah membaca Al-Mughirah kepada Uthman bin Affan dan Abu Darda' serta Othman telah bertalaqi dengan Rasulullah S.A.W.

* Telah thabit bahawa beliau telah mendengar Al-Quran dan Al-Hadith dari sebilangan besar para sahabat diantaranya ialah Al-Nukman Bin Basyir, Mu'awiyyah Bin Abi Sufian dan Fadhalah Ibnu Abid. Beliau merupakan salah seorang dari kalangan tabi'in yang mana beliau hidup dizaman para sahabat Rasulullah S.A.W.

* Beliau juga adalah Imam kepada ahli Syam dalam bacaan Al-Quran selepas wafatnya Imam kaum muslimin Abu Darda' setelah menjadi guru dalam jangka masa yang panjang dizaman pemerintahan keluarga Umawiyyah Umar Bin Abdul Aziz sebelumnya dan juga selepasnya.

* Ketika umar bin Abdul Aziz memegang jawatan khalifah, beliau bertalaqi dengan Ibnu Amir dengan kesungguhannya beliau telah menjadikan bidang mengajar Al-Quran satu pekerjaan yang mulia.

* Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Hisyam dan Imam Ibnu Zakwan.




Imam Hisyam RA.

* Nama beliau ialah Hisyam bin Ammar Bin Nasir bin Maisarah As-Salami Ad-Dimashqi.

* Beliau digelar sebagai Abul Walid.

* Beliau dilahirkan pada tahun 153 Hijrah pada zaman Al-Mansor.

* Beliau telah menerima bacaan daripada A'rrak Al-Marri, Ayyub bin Tamim. Selain daripada keduanya iaitu Yahya Az-Zimary daripada Abdullah bin Amir serta sanadnya sampai kepada Rasulullah S.A.W.

* Beliau merupakan Imam kepada penduduk Damsyik serta seorang kKhatib, guru Al-Quran dan Hadis juga mufti kepada mereka dengan sifatnya yang dipercayai, teliti dan adil dalam segala hal.

* Beliau juga seorang yang fasih lagi alim serta luas ilmu pengetahuannya sama ada yang riwayah ataupun dirayah. .

* Telah berkata Imam al-Asbahany: telah dikurniakan kepada Imam Hisyam umur yang panjang, ingatan yang kuat dan sentiasa memberi pendapat yang rajih. Maka dengan itu telah datang kepadanya manusia semata-mata untuk mempelajari ilmu qiraat dan ilmu hadis.

* Telah meriwayatkan hadis darinya ialah Imam Bukhari di dalam Sohih Bukhari, Imam Abu Daud, Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Majjah di dalam sunan mereka.

* Telah menceritakan riwayatnya oleh Imam At-Tirmizi, Imam Jaafar Al-Ghary dan Imam Abu Zur'ah.

* Imam Hisyam merupakan seorang Imam yang Thiqah.

* Imam Hisyam merupakan seorang Imam yang jujur dan betul di dalam setiap hal.

* Beliau telah meninggal dunia pada tahun 245 Hijriyyah ketika berumur 92 tahun.




Imam Ibnu Zakwan RA.

* Nama beliau ialah Abdullah bin Ahmad bin Basyar ataupun Basyir bin Ibnu Zakwan bin Amru.

* Gelarannya ialah Abu Muhammad. Adapun pendapat yang lain mengatakan Abu Amru Ad-dimasyqy.

* Dilahirkan pada tahun 173 hijriyyah pada hari Asy-syura’.

* Telah mengambil bacaan qiraat secara ARDHAN daripada Abu Ayyub bin Tamim.

* Ibnu Zakwan juga telah mengambil bacaan qiraat dengan Imam Kisa’I ketika mana dia pergi ke Syam.

* Beliau pernah meriwayatkan huruf-huruf al-quran secara 'simaan' daripada Imam Ishaq bin Musaiby daripada Imam Nafi'.

* Merupakan seorang Imam yang masyhur, thiqah dan syeikh qurra’ di dalam ilmu Qiraat serta seorang Imam di Jami’ Damsyiq setelah tamat pengajiannya di Damsyiq selepas Imam Hisyam.

*Telah berkata Imam Abu Zur’ah ad-Dimasyqy: Tidak ada seorang pun Imam di Iraq, Syam, Kharassan, Hijjaz dan Mesir yang dapat menandinginya di dalam ilmu Qiraat pada zamannya dan beliau merupakan pengarang Kitab yang berkaitan dengan ilmu al-quran yang mana aku telah membaca dan meriwayatkan daripadanya.

* Yang meriwayatkan bacaannya ialah anaknya sendiri Ahmad, Ahmad bin Anas dan Ishaq bin Daud, Abu Zur'ah Adur Rahman bin Amru Ad-Dimasyqi, Adullah bin Isa Al-Asbahany, Muhammad Ismail AtTirmidzy, Muhammad bin Musa As-Sury, Harun bin Musa Al-Aghfash dan ramai lagi.

* Imam Ibnu Zakuan meninggal dunia pada hari Isnin dua hari baki daripada Hari Raya tahun 242 Hijriyyah.





Kredit : Manhaj Qiraat 10,Haji Mohd Nazri Bin Abdullah.






























* Namanya Zabban bin Al-'ala bin 'Ammar bin Al-'Aryanbin Abdullah Bin Al-Hassan bin Al-Harith ibnu Jahdalah.

* Beliau dilahirkan pada tahun 70 hijrah dan ada pendapat yang lain mengatakan pada tahun 68 hijrah di Makkah.

* Merupakan salah seorang dari Qurra' tujuh yang masyhur.

* Qiraatnya terkenal di Kufah dan Basrah.

* Guru-gurunya sangat ramai berbanding dengan Qurra' tujuh yang lain.

* Beliau dari kalangan tabi'in yang dipercayai serta seorang ahli hadith.

* Sanad bacaan Abu amru Ad-Dani :telah membaca kepada AL-Hassan Bin Al-Hassan Al-Basri ke atas Abi Jaafar Mid bin Qais Al-A'raj Al-Makki dan Abi Al-A'liah Yazid bin Ruman dan Syaibah bin Nasah dan A'sim bin Abi Al-Najud dan Abdullah bin Khatir dan Abdullah bin Abi Ishaq Al-Hadrami dan Abi Rabah dan Ikrimah bin Khalid Al-Makhrumi, Ikrimah Maula Ibnu A'bbas dan Mujahid bin Jabir dan Muhammad bin Muhaisin dan Nasir bin A'sim dan Yahya bin Ya'mar dan Sa'id bin Jabir.

* Abu Amru telah wafat pada tahun 154 hijrah di Kufah.

*Anak murid beliau yang termasyhur ialah Imam Ad-Duri dan Imam As-Susi.

GELARAN :
Umat mengenal beliau dengan panggilan al Imam as Sayyid Abu Amru at Tamimi al Maazini al Basri.

SIFAT BELIAU :

-Tsiqah (dipercayai)

-jujur dalam berkata-kata

-amanah,zuhud dan beragama

-paling alim dalam al-Quran dan bahasa arab



Imam Ad-Durri RA.

* Nama beliau adalah Hafs bin Umar Bin Abdul Aziz Bin Suhban bin 'Adi bin Suhban Ad-Durri Al-Azadi Al-Baghdadi An-Nahwi Al-Muqri' Al-Dharir.

* Gelarannya ialah Abu Umar.

* Dilahirkan pada tahun 150 Hijrah pada zaman pemerintahan Al-Mansur.

* Beliau merupakan rawi kepada dua orang Imam Abi Amru dan juga Al-Kisa'i.

* Beliau dikenali dengan nama Abu Umar disandarkan kepada Ad-Durri yang merupakan nama salah satu tempat di Baghdad iaitu di selatan negara tersebut.

* Beliau telah bertalaqqi Al-Quran dengan guru yang ramai, antaranya ialah seperti Imam Nafi', Yaakub Bin Jaafar, Ibnu Jammaz, Abi Jaafar, Salim bin Hamzah, Al-Kisa'i, Yahya bin Al-Mubarak Al-Yazidi serta Abu Amru Al-Basri.

* Beliau merupakan Imam Qurra' pada zamannya, juga guru kepada masyarakat khususnya rakyat Iraq pada zamannya.

* Beliau adalah orang yang mula-mula mengumpulkan ilmu Qiraat serta membukukannya.

* Beliau menjadi sumber ilmu kepada masyarakat seluruh pelusuk tempat dengan ketinggian sanadnya serta kehebatan ilmunya.

* Beliau seorang yang dipercayai.

* Beliau wafat pada bulan Syawal tahun 246 hijrah.

* Abu Daud Berkata: Aku melihat Imam Ahmad Bin Hambal menyalin qiraat daripada Abi Umar Ad-Duri, panjang umurnya dalam Ilmu Qiraat dan ilmu pembacaan, dan teliti dalam pengambilan qiraatnya.




Imam As-Susi RA.

* Beliau adalah Soleh Bin Ziyad bin Abdullah Bin Ismail Bin Ibrahim Bin Al-Jaarud As-Susi Ar-Raqqi.

* Adapun nama As-Susi adalah nisbah kepada Sus yang merupakan salah satu tempat di Bandar Al-Ahwaaz.

* Beliau digelar dengan panggilan Abu Syuib, seorang yang muqri' merdeka, teliti terhadap setiap huruf-huruf Al-Quran.

*Merupakan Qari yang dhabit dan thiqah.

* Beliau mengambil bacaan secara langsung kepada Abi Muhammad Yahya Ibnu Mubarak Al-Yazidi.

* Diantara orang yang mengambil bacaan dengannya adalah anaknya sendiri iaitu Muhammad selain dari itu Musa bin Jarir An-Nahwi, Abu Harith Muhammad Bin Ahmad At-Thursusi Ar-Raqqi, Muhammad Bin Said Al-Harani, Ali Bin Muhammad As-Sa'di, Muhammad Bin Ismail Al-Quraisyi, Musa Bin Jumhur, Ahmad Bin Syuib Al-Nasa'I Al-Hafiz dan ramai lagi rawinya yang lain.

* Beliau wafat di Raqqah pada awal tahun 261 Hijrah.

* Umurnya sekitar 90 tahun sepertimana yang disebut dalam kitab An-Nasyri karangan Ibnu Al-Jazari.




Kredit : Manhaj Qiraat 10,Haji Mohd Nazri Bin Abdullah.







1) Membaca basmalah diantara dua surah kecuali antara surah al-Anfal dan surah at-Taubah.

Dalil as-Syatibiah dalam bab Basmalah :


وَبَسْمَلَ بَيْنَ السُّورَتَيْنِ بِسُنَّةٍ رِجّالُ نَمَوْهَا (دِ)رَيَةً وَتَحَمُّلَا

2) Menghazaf huruf alif pada kalimah (مَالِكِ) di dalam surah al-Fatihah menjadi (مَلِكِ).

Dalil as-Syatibiah dalam bab Ummul Quran :

وَمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (رَ)اوِيهِ (ن)اصِرُ


3) Menggantikan huruf “ ص” kepada huruf “ س ” pada kalimah “صراط ” dan “ الصراط ” yang terdapat di dalam al-Quran menjadi “ سراط” dan “ السراط ”. Tetapi bacaan ini hanya diriwayatkan dan dibaca oleh bacaan Qunbul sahaja, tidak dibaca oleh Bazzi.

Dalil as-Syatibiah dalam bab Ummul Quran :

وَعِنْدَ سِرَاطٍ وَالسِّرَاطِ لِ(قُنْبُلَا) بِحَيْثُ أَتَى

4) Membaca dengan silah mim jama’ ketika wasol sahaja.

Contoh : (عليكُمْ) dibaca (عليكُمُوا).

Dalil as-Syatibiah dalam bab Ummul Quran :


وَصِلْ ضَمَّ مِيمِ الْجَمْعِ قَبْلَ مُحَرَّكٍ (دِ)راَكًا وَقَالُونٌ بِتَخْيِيرِهِ جَلَا

5) Membaca dengan silah “ ﻪ ” kinayah ( ﻪ dhamir mufrad) dengan kadar dua harakat,dengan syarat sebelum huruf “ ﻪ” ada huruf yang sukun dan selepas huruf ha’ ada huruf yang berbaris.

Contoh :فِيْهِ هُدَى

Dalil as-Syatibiah dalam bab Ha’ Kinayah :

وَلَمْ يَصِلُوا هَا مُضْمَرٍ قَبْلَ سَاكِنٍ وما قَبْلَهُ التَّحْرِيكُ لِلْكُلِّ وُصِّلَا

وما قَبْلَهُ التَّسْكِينُ (لاِبْنِ كَثِيرِهِمْ )

6) Pada mad munfasil seperti (يَاأَيُّهَا اَّلذِينَ) ,Ibnu Kathir membaca dengan قصر (2 harakat). Pada mad muttasil dibaca dengan توسط(4 harakat).

Dalil as-Syatibiah dalam bab al-Mad wal Qasr :

فَاِنْ يَنفَصِلْ فَالْقَصْرَ بَادِرْهُ طَالِبًا بِخُلْفِهِمَا يُرْوِيك (دَ)رًّا وَمُخْضَلَا

كَجِىءَ وَعَنْ سُوءٍ وَشَاءً اِتِّصَلُهُ وَمَفْصُولُهُ فى أُمِّهَا أَمْرُهُ إِلَى


7) Di dalam satu kalimah yang mempunyai 2 hamzah Qoto’,maka Ibnu Kathir akan membaca dengan mentashilkan hamzah Qoto’ yang kedua tanpa idkhol.

Dalil as-Syatibiah dalam bab Hamzataini min Kalimah :

وَتَسْهِيلْ أُخْرَى هَمْزَتَيْنِ بِكِلْمَةٍ (سما) وَبِذَاتِ الفَتْحِ حُلْفٌ لِتَجْمُلَا

8) Jika terdapat dua huruf hamzah Qoto’ di dalam dua kalimah, maka Ibnu Kathir akan membaca :

A) Bagi bacaan Bazzi :

-Apabila bertemu 2 huruf hamzah Qoto’ yang sama barisnya di dalam dua kalimah, maka Bazzi akan membaca seperti berikut :

i. Apabila sama baris atas, maka huruf hamzah yang pertama akan digugurkan.

ii. Apabila sama berbaris bawah atau sama berbaris depan, maka Bazzi akan mentashilkan huruf hamzah Qoto’ yang pertama.

Dalil as-Syatibiah dalam bab Hamzataini min Kalimataini :

وقَالُونُ و(البَزِّىُّ) فى الفَتْحِ وافَقَا وفى غيرِهِ كالْيَا وكالْوَاوِ سَهَّلَا



B) Bagi bacaan Qunbul :

-Apabila bertemu 2 huruf hamzah Qoto’ yang sama barisnya dalam dua kalimah ,maka Qunbul akan membaca dengan 2 cara (wajah) iaitu:

i. Qunbul akan mentashilkan huruf hamzah Qoto’ yang kedua.

Contoh :

) جاءَ أَمْرُنَا)

ii. Pada cara yang kedua, Qunbul membaca dengan mengibdalkan huruf hamzah yang kedua.

- Sekiranya huruf yang ketiga yang berbaris sukun seperti pada kalimah (جاء أمرنا) iaitu huruf “ م” nya sukun, maka madnya diibdalkan dengan kadar 6 harakat. Tetapi seandainya huruf yang ketiga berbaris seperti pada kalimah (جاءَ أَحَد) iaitu huruf “ح ” nya berbaris, maka madnya diibdalkan dengan 2 harakat sahaja.


Dalil as-Syatibiah dalam bab Hamzataini min Kalimataini:

والأُخْرَى كَمَدٍّ عند ورشٍ (وقنبل) وقد قيل مَحْضُ المَدِّ عنها تَبَدَّلَا


9) Apabila terdapat 2 huruf hamzah Qoto’ yang berbeza barisnya di dalam dua kalimah, Ibnu Kathir akan membaca:

A) Jika huruf hamzah yang pertama berbaris atas dan huruf hamzah kedua berbaris bawah seperti (تفىء إلى), Ibnu Kathir membaca dengan tashil huruf hamzah kedua.

B) Jika huruf hamzah yang pertama berbaris atas dan huruf hamzah kedua berbaris depan seperti (جاءَ أُمة), Ibnu Kathir membaca dengan tashil huruf hamzah kedua.

C) Jika huruf hamzah pertama berbaris depan dan huruf hamzah kedua berbaris atas seperti (السفهَاءُ أَلا), maka Ibnu Kathir akan membaca dengan ibdal huruf hamzah yang kedua dengan huruf wau.

D) Jika huruf hamzah yang pertama berbaris bawah dan huruf hamzah kedua berbaris atas seperti (من السفهاءِ أوِ ائْتِننَا ), maka Ibnu Kathir membaca dengan ibdal huruf hamzah yang kedua kepada huruf ya’.

E) Jika huruf hamzah yang pertama berbaris depan dan huruf hamzah kedua berbaris bawah seperti (يشاءُ إِلَى) ,maka Ibnu Kathir membaca dengan 2 cara (wajah) iaitu :

(a) Tashil huruf hamzah yang kedua.

(b) Ibdal huruf hamzah yang kedua dengan huruf wau.

Dalil as-Syatibiah dalam bab Hamzataini min Kalimataini :

وتسهيل الأخرى فى اختلافهما (سما) تفىء إلى مع جاء أمة أنزلا

نشاء أصبنا والسماء أوئتنا فنوعان قل كاليا وكالواو سهلا

ونوعان منها أبدلا منهما وقل يشاء إلى كالياء أقيس معدلا

10) Menghidupkan huruf ya’ idhofah () yang sukun kepada yang berbaris atas apabila bertemu dengan huruf hamzah yang berbaris atas.

Contoh (إنىْ أعلم) kepada (إنىَ أعلم ).

Dalil as-Syatibiah dalam bab Ya al-Idofah:

فَتِسْعُونَ معْ هَمْزٍ بفتحٍ وتِسْعُهَا (سما)





   Kredit : Manhaj Qiraat 10,Haji Mohd Nazri bin Abdullah

















1. Membaca Basmalah antara dua surah kecuali antara surah Anfal dan Taubah.

Dalil as-Syatibi dalam bab Basmalah:

وَبَسْمَلَ بَيْنَ سُورَتَيْنِ (بِ)سُنَّةٍ

2.Pada kalimah (مالك) di dalam surah al-Fatihah,Qalun menghazafkan alif menjadi (ملك).

Dalil as-Syatibi dalam bab Ummul Quran:

وَمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (رَ)اوِيهِ (نَ)اصِرٌ

3.Membaca dengan silah mim jama’ ketika wasol sahaja dengan dua wajah. Wajah pertama biasa (sukun) dan wajah yang kedua silah. Contohnya,(عليكم ) di baca dengan)(عليكموا). Sekiranya selepas mim jama’ ada huruf hamzah Qato’,maka riwayat Qolun akan membaca silah mim jama’ dengan 2 dan 4 harakat.

Contoh:

(عَلَيْهِمْ ءَأَنْذَرْتَهُمْ) dibaca dengan (عَلَيْهِمُوآ ءَأَنذَرْتَهُمُوا )

Dalil as-Syatibi dalam bab Ummul Quran:

وَصِّلْ ضَمَّ مِيمِ الْجَمْعِ قَبْلَ مُحَرَّكٍ دِرَاكًا (وَقَالُونٌ) بِتَخْيِيرِهِ جَلَا

4.Pada hukum mad Munfasil,Qalun membaca dengan dua wajah. Wajah pertama dibaca dengan قصر (dua harakat) dan wajah yang kedua توسط (4 harakat). Pada hukum mad Muttasil,Qalun membaca dengan توسط (4 harakat).
Dalil as-Syatibi :

Dalil mad Muttasil dalam bab Mad wal Qasr:

إذا ألف أو ياءها بعد كسرة أو الواو عن ضم لقى الهمز طولا

Dalil mad Munfasil dalam bab Mad wal Qasr:

فإن ينفصل فالقصر (ب)ادره طالبا بخلفهما

5.Pada satu kalimah yang mempunyai 2 huruf hamzah (ء) Qato, Qalun akan membaca dengan tashil pada huruf hamzah Qato’ yang kedua dan idkhol pada huruf hamzah (ء) Qato’ yang pertama. 

Contoh: أَؤُنَبئكم) (أَئِذَا)، (ءَأَنذرتهم))

Dalil tashil dalam bab Hamzataini min Kalimah:

وَتَسْهِيلُ أُخْرَى هَمْزَتَيْنِ بِكِلْمَةٍ سَمَا

Dalil Idkhol dalam bab Hamzataini min Kalimah:

وَمَدُّكَ قَبْلَ الْفَتْحِ وَالْكَسْرِ حُجَّةٌ (بِ)هَا

وَمَدُّكَ قَبْلَ الضَّمِّ لَبَّى حَبِيبُهُ بِخُلْفِهِمَا (بَ)رًّا

6. A) Apabila bertemu dua huruf hamzah (ء) Qato’ dalam dua kalimah yang sama barisnya, maka Qalun akan membaca seperti berikut:

i. Apabila sama baris atas (فتح)

Contoh:جاءَ أَحدكم

Maka huruf hamzah (ء) yang pertama akan isqot (digugurkan).

ii. Apabila sama baris bawah,contohnya (هَؤُلاَءِ إِنْ) atau sama baris depan,contohnya (أولياءُ أُولئك), maka Qalun akan mentashilkan huruf hamzah (ء) Qato’ yang pertama.

Dalil as-Syatibi dalam bab Hamzataini min Kalimataini:

(وَقَالُونُ) وَالْبَزِّيُّ فِى الْفَتْحِ وَافَقَا وَفِى غَيْرِهِ كَالْيَا وَكَالْوَاوِ سَهَّلاَ

B) Apabila bertemu dua huruf hamzah Qato’ (ء) di dalam dua kalimah yang berbeza barisnya,

Contoh:

تفيءَ إِلى ، جاءَ أُمة ، نشاءُ أَصَبْنَا ، وَالسَّمَاءِ أَوِ ائْتِنَا ، يَشَاءُ إِلي

Maka Qalun akan membaca seperti berikut:

i. Jika huruf hamzah yang pertama berbaris atas dan hamzah kedua berbaris bawah seperti (تَفِىءَ إِلى), maka Qalun akan membaca dengan tashil huruf hamzah yang kedua.

ii. Jika huruf hamzah yang pertama berbaris atas dan hamzah kedua berbaris depan seperti (جَاءَ أُمَّةٌ), maka Qalun akan membaca dengan tashil huruf hamzah yang kedua.

iii. Jika huruf hamzah yang pertama berbaris depan dan hamzah kedua berbaris atas seperti (السُّفَهَاءُ أَلَا), maka Qalun akan membaca dengan ibdal huruf hamzah yang kedua dengan Wau (واو) menjadi (السُّفَهَاءُ وَلاَ).

iv. Jika huruf hamzah yang pertama berbaris bawah dan hamzah kedua berbaris atas seperti (مِنَ السَّمَاءِ أَوِ ائتِنَا), maka Qalun akan membaca dengan ibdal huruf hamzah yang kedua dengan ya (ياء) menjadi (مِنَ السَّمَاءِ يَوِائتِنَا).

v. Jika huruf hamzah yang pertama berbaris depan dan hamzah kedua berbaris bawah seperti (يَشَاءُ إِلى), maka Qalun akan membaca dengan dua wajah:

a) Tashil huruf hamzah yang kedua.

b) Ibdal huruf hamzah yang kedua dengan wau menjadi (يَشَاءُ وِلى).

Dalil as-Syatibi dalam bab Hamzataini min Kalimataini:

وَتَسْهِيلُ الْأُخْرَى فىِ اخْتِلاَفِهِمَا (سَمَا) تَفِىءَ إِلَى مَعْ جَاءَ أُمَّةً اُنزِلَا

نَشَاءُ أَصَبْنَا وَالسَّمَاءِ أَوِائْتِنَا فَنَوْعَانِ قُلْ كَالْيَا وَكَالْوَاوِ سُهِّلَا

وَنَوْعَانِ مِنهَا أُبْدِلَا مِنْهُمَا وَقُلْ يَشَاءُ إِلَى كَالْيَاءِ أَقْيَسُ مَعْدِلَا

7. Mengidghamkan huruf ( ت ) pada huruf ( ذ ) di dalam kalimah (اِتَّخَذْتُم).

Contoh:

ثُمَّ أخذْتُهَا

dibaca

ثُم أَخَذتُّهَا


لَئِنِ اتَّخَذْتَ

dibaca

لئن اتَّخَذتَّ


Dalil as-Syatibi dalam bab Huruf Qurubat Makharijiha:

...اتَّخَذْتُمُوا أَخَذْتُمْ وَفِى اْلإِفْرَادِ (عَ)اشَرَ (دَ)غْفَلَا

8. Menghidupkan huruf ya idhofah ( يا الإضافة ) yang sukun kepada berbaris atas apabila bertemu dengan huruf hamzah Qato’ samaada :

Huruf hamzah tersebut berbaris atas seperti ( إنِّىْ أَعْلَم ) kepada ( إنِّىَ أَعْلَم )

Dalil as-Syatibi dalam bab Ya’ al-Idhofah :

فَتِسْعُونَ مَعْ هَمْزٍ بِفَتْحٍ وَتِسْعُهَا (سَمَا)

Atau huruf hamzah tersebut berbaris bawah seperti ( بَناتىْ إِنْ كُنْتُمْ فَاعِلِين ) kepada ( بَناتَى إِنْ كُنْتُمْ فَاعِلِين ) .

Dalil as-Syatibi dalam bab Ya’ al-Idhofah :

وَثِنْتَانِ مَعْ خَمْسِيْنَ مَعْ كَسْرِ هَمْزَةٍ بِفَتْحٍ (أُ) ولِى حُكْمٍ

Atau huruf hamzah tersebut berbaris depan seperti ( إنِّى أعِيْذُهَا) kepada (إنِّيَ أعِيْذُهَا) .

Dalil as-Syatibi dalam bab Ya’ al-Idhofah :

وَعَشْرٌ يَلِيْهَا الْهَمْزُ بِالضَّمِّ مُشْكَلَا فَعَنْ (نَافِعٍ) فَافْتَحْ

9. Pada kalimah ( النَّبِى ) ,Qalun akan menambah huruf hamzah dan membaca dengan mad muttasil dengan kadar 4 harakat menjadi ( النَّبِىء ) .

Dalil as-Syatibi dalam bab Surah al-Baqarah :

وَجَمْعًا وَفَرْدًا فِى النَّبِىءِ وَفِى النُّبُو ءَةَ الْهَمْزَ كُلٌّ ( غَيْر نَافِعٍ ) ابْدَلَا


10. Mensukunkan huruf ha’ ( ه ) pada setiap kalimah ( هو ) dan ( هي ) ,apabila kalimah tersebut didahului oleh huruf lam atau wau atau fa.

Contoh:

Huruf lam (ل)

لَهُوَ

dibaca

لَهْوَ


لَهِىَ

dibaca

لَهْىَ


Huruf wau (و)

وَهُوَ

dibaca

وَهْوَ


وَهِىَ

dibaca

وَهْىَ


Huruf fa ( ف )

فَهُوَ

dibaca

فَهْوَ


فَهِىَ

dibaca

فَهْىَ


Dalil as-Syatibi dalam bab Surah al-Baqarah :

وَهَا هُوَ بَعْدَ الْوَاوِ وَالْفَا وَلَامِهَا وَهَا هِيَ أَسْكِنْ رَاضِيًا (بَ)ارِدًا حَلاً

11. Pada kalimah Taurah ( التَّوْرَىة ) ,Qalun akan membaca dengan dua wajah iaitu Fatah dan Taklil.

Dalil as-Syatibi dalam bab Surah Ali Imran :

وَإِضْجَاعُكَ التَّوْرَاةَ مَا رُدَّ حُسْنُهُ وَقُلِّلَ فِى جُوْدٍ وَبِالْخُلْفِ (بَ)لَّلَا

12. Pada kalimah هأنتم,riwayat Qalun akan membaca dengan Ithbat huruf alif ( ا ) dan tashil huruf hamzah ( ء ) Qato’.

Dalil as-Syatibi dalam bab Surah Ali Imran :

ولا الف فى ها هأتم زكا جنا وسهل (أ) خا حمد و كم مبدل جلا


MANHAJ (CARA)BACAAN WARSH

1. Membaca Basmalah dan tanpa Basmalah (saktah dan wasol) antara dua surah kecuali antara surah Anfal dan Taubah.

Dalil as-Syatibi dalam bab Basmalah :

وَصِلْ وَسْكُتَنْ كُلٌ (جَ)لَا يَاهُ حَصَّلَا

وَفِيهَا خِلَافٌ (جِ)يْدُهُ وَاضِحُ الطُّلَا

2. Menghazafkan (buang) alif pada kalimah (مالك) di dalam surah al-Fatihah sahaja menjadi (ملك).

Dalil as-Syatibi dalam bab Ummul Quran :

وَمَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (رَ)اوِيهِ (نَ)اصِرٌ

3. Membaca dengan silah mim jama’ sekiranya selepas mim jama’ terdapat huruf hamzah Qato’.

Contohnya :

(عَلَيْهِمْ ءَانذَرْتَهُمْ ) dibaca (عَلَيْهِمُوآ ءَانذَرْتَهُمْ ) dengan kadar 6 harakat madnya.

Dalil as-Syatibi dalam bab Ummul Quran :

وَمِنْ قَبْلِ هَمْزِ الْقَطْعِ صِلْهَا لِ(وَرْشِ)هِمْ

4. Pada mad munfasil seperti (يا أيها الذي) dan mad muttasil seperti (جاء) , Warsh membaca dengan 6 harakat madnya.

Dalil as-Syatibi dalam bab al-Mad wal Qasr :

فَاِنْ يَنفَصِلْ فَالْقَصْرَ بَادِرْهُ طَاِلبًا بِخُلفِهِمَا يُرْوِيك دَرًّا وَمُخضَلا

كَجِىءَ وَعَنْ سُوءٍ وَشَاءً اِتِّصَلُهُ وَمَفْصُولُهُ فِىِ أُمِّهَا أَمْرُهُ إِلَى

5. Pada mad badal (الأَخِرَة ، ءَامَنَ ) Warsh membaca dengan tiga wajah madnya iaitu 2,4 dan 6 harakat.

Dalil as-Syatibi dalam bab al-Mad wal Qasr :

وَمَا بَعْدَ هَمْزٍ ثَابِتٍ أَوْ مُغَيَّرٍ فَقَصْرٌ وَقَدْ يُرْوَى لِ(وَرْشٍ) مُطَوَّلَا وَوَسَّطَهُ

6. Pada mad lin yang dihujung kalimah tersebut terdapat huruf hamzah seperti (شَيْئًا ، شَيْء ) dan yang seumpama dengannya, Warsh membaca dengan 2 wajah iaitu 4 dan 6 harakat madnya.

Dalil as-Syatibi dalam bab al-Mad wal Qasr :

وَإِنْ تَسْكُنِ الْيَا بَيْنَ فَتْحٍ وَهَمْزَةٍ بِكِلْمَةٍ اوْ وَاوٌ فَوَجْهَانِ جُمِّلَا

بِطُولٍ وَقَصْرٍ وَصْلُ (وَرْشٍ)

7. Pada satu kalimah yang mempunyai dua huruf hamzah Qato’ seperti ( ءَأنْذَرْتَهُمْ ،أَءُنَبِّئُكُمْ ، أَءِذَا ) , Warsh membaca dengan tashil pada huruf hamzah yang kedua.

Dalil as-Syatibi dalam bab Hamzataini min Kalimah :

وَتَسْهِيلُ أُخْرَى هَمْزَتَيْنِ بِكِلْمَةٍ (سَمَا) وَبِذَاتِ الَفَتْحِ خُلْفٌ لِتَجْمُلَا

Warsh mempunyai bacaan yang kedua sekiranya kedua-dua huruf hamzah Qato’ tersebut berbaris atas. Contohnya ( ءَأنْذَرْتَهُمْ ) , maka Warsh membaca dengan 6 harakat madnya iaitu pada huruf hamzah Qato’ yang pertama sekiranya huruf yang ketiga iaitu nun berbaris sukun. Tetapi sekiranya huruf yang ketiga tersebut berbaris seperti (ءَأَلِدُ) iaitu huruf lam berbaris, maka Warsh hanya membaca madnya dengan 2 harakat sahaja pada huruf hamzah Qato’ yang pertama.

Dalil as-Syatibi dalam bab Hamzataini min Kalimah :

وَقُلْ أَلِفًا عَنْ أَهْلِ مِصْرَ تَبَدَّلَتْ لِ(وَرْشٍ) وَفِى بَغْدَادَ يُرْوَى مُسَهَّلَا

8. A) Apabila bertemu dua huruf hamzah Qato’ yang sama barisnya dalam dua kalimah, maka Warsh membacanya dengan 2 cara iaitu :

i. Warsh akan mentashilkan huruf hamzah Qato’ yang kedua.

Contohnya :

( أَوْلِيَاءُ أُوْلَئِك )، ( عَلَى الْبِغَاءِ إِن )، ( جَاءَ أَمْرُنَا )

ii. Bacaan yang kedua pula, Warsh mentahkikkan huruf hamzah yang pertama dan mengibdalkan huruf hamzah yang kedua. Sekiranya huruf yang ketiga berbaris sukun seperti pada kalimah ( جَاءَ أَمْرُنَا ) iaitu huruf mim nya sukun ,maka madnya diibdalkan dengan 6 harakat .Tetapi jika huruf yang ketiga berbaris seperti pada kalimah ( أَوْلِيَاءُ أُوْلئِكَ ) iaitu huruf lam nya berbaris, maka madnya diibdalkan dengan 2 harakat sahaja.

Dalil as-Syatibi dalam bab Hamzataini min Kalimataini :

وَالأُخْرَى كَمَدٍّ عِنْدَ (وَرْشٍ) وَقُنْبُلٍ وَقَدْ قِيلَ مَحْضُ الْمَدِّ عَنْهَا تَبَدَّلَا

# Khusus pada kalimah ( هَؤُلَاءِ إِن ) di dalam surah al-Baqarah dan ( عَلَى الْبِغَاءِ إِن ) dalam surah an-Nur, Warsh mempunyai wajah yang ketiga iaitu mengibdalkan huruf hamzah Qato’ yang kedua dengan huruf ya’ iaitu ( هَؤُلَاءِ يِنْ) dan ( عَلَى الْبِغَاءِ يِن).

Dalil as-Syatibi dalam bab Hamzataini min Kalimataini :

وَفِى هَؤُلَا إِنْ وَالْبِغَا إِنْ لِ(وَرْشِ)هِمْ

بِيَاءٍ خَفِيفِ الْكَسْرِ بَعْضُهُمْ تَلَا

B) Apabila bertemu dua huruf hamzah Qato’ yang berbeza barisnya dalam dua kalimah, maka Warsh membaca seperti berikut :

i. Jika huruf hamzah yang pertama berbaris atas dan hamzah kedua berbaris bawah seperti ( تَفِىءَ إِلَى ) , maka Warsh membaca dengan tashil huruf hamzah yang kedua.

ii. Jika huruf hamzah yang pertama berbaris atas dan hamzah kedua berbaris depan seperti ( جَاءَ أُمَّةٌ ) ,maka Warsh membaca dengan tashil huruf hamzah yang kedua.

iii. Jika huruf hamzah yang pertama berbaris depan dan hamzah kedua berbaris atas seperti ( السُفَهَاءُ أَلَا ) ,maka Warsh membaca dengan ibdal huruf hamzah yang kedua dengan wau menjadi ( السُّفَهَاءُ وَلا ). 
iv. Jika huruf hamzah yang pertama berbaris bawah dan hamzah kedua berbaris atas seperti ( مِنَ السَّمَاءِ أَوِائتِنَا ) ,maka Warsh membaca dengan ibdal huruf hamzah yang kedua dengan huruf ya menjadi ( مِنَ السَّمَاءِ يَوِائتِنا ). 
v. Jika huruf hamzah yang pertama berbaris depan dan hamzah kedua berbaris bawah seperti ( يَشَاءُ إِلَى ),maka Warsh membaca dengan dua wajah iaitu :

a) Tashil huruf hamzah yang kedua.

b) Ibdal huruf hamzah yang kedua dengan huruf wau menjadi ( يَشَاءُ وِلى ).

Dalil as-Syatibi dalam bab Hamzataini min Kalimataini :

وَتَسْهِيلُ الأُخْرَى فِى اخْتِلَافِهِمَا (سَمَا) تَفِىءَ إِلَى مَعْ جَاءَ أُمَّةً أُنْزِلَا

نَشَاءُ أَصَبْنَا وَالسَّمَاءِ أَوِائْتِنَا فَنَوْعَانِ قُلْ كَالْيَا وَكَالْوَاوِ سَهَّلَا

وَنَوْعَانِ مِنْهَا أُبْدِلَا مِنْهُمَا وَقُلْ يَشَاءُ إِلَى كَالْيَاءِ أَقْيَسُ مَعْدِلا

9. Pada bab Hamzah Mufrad,Warsh mengibdalkan huruf hamzah yang terletak pada wazan (ف) fe’el.

Contoh : ( يُؤْمِنُوْنَ ) menjadi ( يُوْمِنُوْنَ ).

Dalil as-Syatibi dalam bab Hamzah Mufrad :

إِذَا سَكَنَتْ فَاءً مِنَ الْفِعْلِ هَمْزَةٌ فَ(وَرْشٌ) يُرِيهَا حَرْفَ مَدٍّ مُبَدِّلَا

10. Warsh akan memindahkan (نقل) huruf hamzah Qato’ yang berbaris kepada huruf sebelumnya yang sukun.

Contoh :

( مَنْ ءَامَنَا ) menjadi ( مَنَامَنَ )

Dalil as-Syatibi dalam bab Naqal :

وَحَرِّكْ لِ(وَرْشٍ) كُلَّ سَاكِنٍ اخِرٍ صَحِيحٍ بِشَكْلِ الْهَمْزِ وَاحْذِفْهُ مُسْهِلَا

11. Warsh mengidghamkan huruf (ت) ke dalam huruf (ذ) di dalam kalimah ( اِتَّخَذْتُم ).

Contoh :

ثم أخذْتُهَا

dibaca

ثم أَخَذتُّهَا


لَئِنِ اتَّخَذْتَ

dibaca

لئن اتَّخَذتَّ
Dalil as-Syatibi dalam bab Huruf Qurubat Makhrijiha :

اتَّخَذْتُمُوا أَخَذْتُمْ وَفِى الإِفَرَادِ (عَ)اشَرَ (دَ)غْفَلَا …

12. A)Taklil atau Imalah Sughra, cara bacaannya adalah diantara Fatah dan Imalah Kubra. Warsh membaca fatah dan taklil dan pada zawatil Ya’ ( ذوات اليا ) yang dihujungnya bukan huruf (ر) seperti (مُوسَى) dan seumpama dengannya. Tetapi sekiranya dihujungnya ada huruf (ر) seperti (بُشْرَى) dan seumpama dengannya, maka Warsh membaca dengan taklil sahaja tanpa khilaf.

Dalil as-Syatibi dalam bab al-Fath wal Imalah :

وَذُو الرَّاءِ (وَرْشٌ) بَيْنَ بَيْنَ وَفِى ِأَرَا

كَهُمْ وَذَوَاتِ الْيَا لَهُ الْخُلْفُ (جُ)مِّلَا

B) Warsh juga akan mentaklilkan kalimah yang dihujungnya terdapat huruf (ر) yang berbaris bawah dan sebelumnya ada huruf alif seperti ( أبْصَارِهِمْ ) dan seumpama dengannya.

Dalil as-Syatibi dalam bab al-Fath wal Imalah :

وَ(وَرْشٌ) جَمِيعَ الْبَابِ كَانَ مُقَلِّلَا

C) Warsh akan mentaklilkan kalimah ( كَافِرِين ) dan ( الْكَافِرِين ) .

Dalil as-Syatibi dalam bab al-Fath wal Imalah :

وَ(وَرْشٌ) جَمِيعَ الْبَابِ كَانَ مُقَلِّلَا

Perhatian :

Sekiranya terdapat dalam satu ayat (dalam satu nafas bacaan) mad badal dan Zawatil Ya (fatah dan taklil) seperti فَتَلَقَّى ءَادَمُ ، ,maka Warsh membaca dengan :

1.Fatah Zawatil Ya dengan 2 dan 6 harakat mad badal.

2.Taklil Zawatil Ya dengan 4 dan 6 harakat mad badal.

13. Warsh akan menipiskan huruf (ر) yang berbaris atas atau berbaris depan dengan syarat:

A) Sebelum huruf Ra ada huruf Ya yang sukun di dalam satu kalimah seperti ( بَشِيْرًا ),( خَيْرٌ لَكُمْ ) .

B) Sebelum huruf Ra ada huruf yang berbaris bawah di dalam satu kalimah seperti ( سِرَاجًا ) ( مُبَشِّرًا ),

C) Sebelum huruf Ra ada huruf yang sukun dan sebelumnya berbaris bawah serta huruf yang sukun tersebut bukanlah terdiri dari huruf-huruf Isti’la’ kecuali huruf (خ) seperti ( إجْرَامِى )( إخْرَاج ),

Dalil as-Syatibi dalam bab ar-Ra’:

وَرَقَّقَ (وَرْشٌ) كُلَّ رَاءٍ وَقَبْلَهَا مُسَكَّنَةً يَاءٌ أَوِ الْكَسْرُ مُوصَلَا

وَلَمْ يَرَ فَصْلًا سَاكِنًا بَعْدَ كَسْرَةٍ سِوَى حَرْفِ الإِسْتِعْلَا سِوَى الخَا فَكَمَّلَا

14. Warsh akan menebalkan huruf lam yang berbaris atas sama ada bertasydid atau tidak sekiranya sebelum huruf lam terdapat huruf (ص) atau (ط) atau (ظ) ,dan ketiga –tiga huruf tersebut berbaris sukun ataupun berbaris atas.

Contoh :

( مَطْلَعِ ) ، ( إصْلَاح ) ، ( الصَّلَوة )

Dalil as-Syatibi dalam bab al-Lam :

وَغَلَّظَ (وَرْشٌ) فَتْحَ لَامٍ لِصَادِهَا أَوِ الطَّاءِ أَوْ لِلظَّاءِ قَبْلُ تَنَزُّلَا

إِذَا فُتِحَتْ أَوْ سُكِنَتْ كَصَلَاتِهِمْ وَمَطْلَعِ أَيْضًا ثُمَّ ظَلَّ وَيُوصَلَا

15. Dalam bab Ya’ Idhofah, Warsh akan menghidupkan huruf Ya Idhofah yang sukun kepada berbaris atas apabila bertemu dengan huruf hamzah yang berbaris atas seperti ( إنِّىْ أَعْلَم ) menjadi ( إنِّىَ أَعْلَم ).

Dalil as-Syatibi dalam bab Ya al-Idhofah :

فَتِسْعُونَ مَعْ هَمْزٍ بِفَتْحٍ وَتِسْعُهَا (سَمَا)

Atau huruf hamzah yang berbaris bawah seperti ( بَنَاتِىْ إِن كُنْتُم فَاعِلِين ) dibaca ( بَنَاتِىَ إِن كُنْتُم فَاعِلِين ).

Dalil as-Syatibi dalam bab Ya al-Idhofah :

وَثِنْتَانِ مَعْ خَمْسِينَ مَعْ كَسْرِ هَمْزَةٍ بِفَتْحٍ (أُ) ولِى حُكْمٍ

Atau huruf hamzah yang berbaris depan seperti ( إنِّىْ أُعَيذُهَا ) menjadi ( إنِّىَ أُعِيذُهَا ) .

Dalil as-Syatibi dalam bab Ya al-Idhofah :

وَعَشْرٌ يَلِيهَا الْهَمْزُ بِالضَّمِّ مُشْكَلَا فَعَنْ (نَافِعٍ) فَافْتَحْ

16. Pada kalimah ( النَّبِى ) ,Warsh menambah huruf hamzah dan membaca dengan mad muttasil dengan kadar 6 harakat menjadi ( النَّبِىء ).

Dalil as-Syatibi dalam bab Surah al-Baqarah :

وَجَمْعًا وَفَرْدًا فِى النَّبِىءِ وَفِى النُّبُو ءَةَ الْهَمْزَ كُلٌّ (غَيْرَ نَافِعٍ) أَبْدَلَا

17. Pada huruf-huruf tahaji yang terdapat pada awal surah, Warsh membaca dengan Taklil pada huruf Ra dalam ( الر ) pada awal surah Yunus,Hud,Yusuf,Ibrahim,Hijr dan ( المر ) pada surah ar-Ra’du.

Dalil as-Syatibi dalam bab surah Yunus :

وَذُو الرَّا لِ(وَرْشٍ) بَيْنَ بَيْنَ

18. Warsh membaca dengan Taklil pada huruf ( الها ) dan ( اليا ) pada ( كهيعص ) diawal surah Maryam.

Dalil as-Syatibi dalam bab surah Yunus :

وَ (نَافِعٌ) لَدَى مَرْيَمٍ هَا يَا

19. Pada huruf Ha dalam surah ( طه ), Warsh membaca dengan Imalah.(satu-satunya tempat dalam al-Quran yang Warsh membaca dengan Imalah).

Dalil as-Syatibi dalam bab surah Yunus :

وَتَحْتُ (جَ)نًى

20. Pada huruf ( الحا ) dalam semua surah yang bermula dengan ( حم ) ,Warsh membaca dengan Taklil.

Dalil as-Syatibi dalam bab surah Yunus :

وَحَا (جِ)يدُهُ

21. Pada kalimah ( التَّوْرَىةَ ) yang terdapat pada seluruh al-Quran, Warsh membaca dengan Taklil.

Dalil as-Syatibi dalam bab surah Ali Imran :

وَإِضْجَاعُكَ التَّوْرَاةَ مَا رُدَّ حُسْنُهُ وَقُلِّلَ فِى (جَ)وْدٍ وَبِالْخُلْفِ بَلَّلَا




Kredit : Manhaj Qiraat 10,Haji Mohd Nazri Bin Abdullah

 






Nama: Nafi’ Bin Abdul Rahman Bin Abi Na’im
Kuniyah: Abu Ruwim atau Abu Hassan atau Abu Abdul Rahman
Asal: Asbahan
Tarikh Lahir:Dalam lingkungan tahun 70 H
Tarikh Wafat: 169 H.

Sifat-sifat peribadinya:
-Berkulit hitam
-Wajah yang mudah tersenyum dan berseri
-Berakhlak mulia
 -Tidak terlalu rendah
-Suka bersenda gurau dan peramah
-Imam Qiraat di Madinah

Bertalaqi dengan 70 orang Imam Tabi’in,antaranya:
-Abu Jaafar
-Syaibah b.Nasosh
-Muslim b.Jundab
-Yazid b.Ruman
-Muhammad b.Muslim b.Syihab
-Abd.Rahman b.Hurmuz

Di antara yang mengambil sanad dengan Imam Nafi’ ialah:
-Imam Malik b.Anas
-Imam al-Laith b.Saad
-Abu Amru b.’Ala
-Isa b.Wardan
-Sulaiman b.Muslim b.Jammaz

Rawi yang masyhur meriwayatkan bacaan Imam Nafi’ ialah Qalun dan Warsh.
Beliau mempunyai sanad guru yang ramai, antaranya ialah:-
- Abū Ja’afar, Abd al-Rahmān bin Hurmuz, Abd al-Rahmān dari Abdullāh bin Abbās dan Abū Hurairah, dari Ubay bin Ka’ab dan Ubay dari Rasulullah s.a.w.

* Gelarannya Abu Ruwaim. Pendapat lain mengatakan gelarannya ialah Abul Hasan dan juga Abu Abdurrahman iaitu Maula (pembantu) Ja’wanah.

*Ja’wanah merupakan sahabat kepada Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib dan menurut riwayat lain dia juga merupakan sahabat kepada Saidina Abbas bin Abdul Muttalib.

* Bacaan Imam Nafi’ adalah bacaan yang mutawattir dan tidaklah mutawattirnya bacaan tertakluk kepada pernahnya dia bertalaqqi dengan tujuh puluh orang tabien, tetapi mutawattirnya kerana merangkumi semua tobaqot-tobaqot ilmu qiraat.

* Merupakan seorang Imam dan guru dalam bidang Al-Quran dan Qiraat di Madinah. Tamat pengajiannya di Madinah.

* Bacaan beliau telah menjadi pilihan masyarakat Madinah dan selainnya.

* Belajar qiraat dan ilmu-ilmu lain lebih dari 70 tahun dan merupakan seorang yang alim dalam ilmu qiraat.

* Bacaannya tersebar ke Mesir, Madinah, Syam dan lain-lain.

PERAWI IMAM NAFI’:
IMAM QALUN

Nama: ‘Isa b.Mina b.Wardan b.’Isa b.Abd Samad b.Umar b.Abdullah ar-Zarqi

Tarikh Lahir: 120 H
Tarikh Wafat:220 H
Nama Kedua: Abu Musa
Gelaran: Qalun
Nasab: Anak tiri Imam Nafi’

Ciri-cirinya:

-Mula bertalaqi dengan Imam Nafi’ ketika berumur 30 tahun selama 20 tahun.

-Qalun di dalam Bahasa Rom bermaksud baik.

-Gelaran (Qalun) ini telah diberikan oleh gurunya Imam Nafi’

-Memilih Madinah Munawwarah sebagai tempat mengembangkan ilmunya.

Sifat-sifat beliau:

-Bacaan al-Quran sangat baik

-Boleh berbahasa Rom dengan baik

-Tidak pernah mendengar perkara-perkara maksiat

-Mendengar dan memperbetulkan bacaan al-Quran yang salah dari Qari yang sedang membaca al-Quran.

IMAM WARSH

Nama: Uthman b.Said b.Abdullah b.’Amru b.Sulaiman b.Ibrahim
Tarikh Lahir: 110 H
Tarikh Wafat: 197 H. Pada zaman khalifah al-Ma’mum dalam usianya 87 tahun di Mesir
Asal: Quirawan di daerah Saidi di Mesir
Nama Kedua: Abu Said

Gelaran: Warsh.Gelaran ini diberi oleh gurunya Imam Nafi’ kerana kulitnya yang putih.Maksud Warsh adalah sesuatu yang diperbuat daripada susu. Imam Nafi’ pernah menggelarnya Warshan dengan membawa makna burung merpati.

Sifat-sifatnya:

-Seorang yang matang

-Biru kedua matanya

-Putih kulitnya

-Rendah dan sedikit gemuk

-Warna rambutnya perang

-Lincah pergerakannya

-Suka berjubah singkat

-Pakar Bahasa Arab

-Memiliki suara merdu

Gurunya: Berguru dengan Imam Nafi’ di Madinah

* Mula bertalaqi dengan Imam Nafi’ pada tahun 155 hijrah dan pernah khatam al-Quran dengan Imam Nafi’ beberapa kali.

* Merupakan tempat rujukan bagi masyarakat Mesir di dalam Ilmu Qiraat.

* Seorang yang mahir dalam ilmu qiraat, ilmu tajwid dan sentiasa memelihara bahasa Arab.

* Pendapat lain mengatakan beliau penah khatam Al-Quran sebanyak 4 kali dalam sebulan bersama Imam Nafi’ .

* Apabila selesai sudah bertalaqi dengan Imam Nafi’, kemudian beliau kembali ke tanah airnya mengajar Ilmu Qiraat daripada riwayat Imam Nafi’.

* Meninggal dunia pada tahun 197 hijrah di Mesir pada masa pemerintahan Khalifah Makmun ketika berumur 87 tahun.











Kredit: manhaj qiraat 10, Haji Mohd Nazri bin Abdullah
























1. JAKIM mengucapkan terima kasih kerana mengingatkan orang ramai khususnya pengguna Muslim tentang pemilihan barang makanan.

2. Isu yang dikemukakan oleh puan di atas adalah isu lama dan dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, kerana apabila pihak JAKIM membuat siasatan nama mereka yang dikaitkan dalam Kajian di Pusat Pengajian Tinggi tidak wujud dan pihak universiti tidak pernah mengarahkan mana-mana pensyarah atau pelajar membuat kajian terhadap produk yang dimaksudkan.

3. Sebagai panduan puan, dinasihatkan supaya menggunakan produk yang ada tanda halal JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri dan sekiranya terdapat kemusykilan pada barangan yang ada tanda halal JAKIM diminta supaya mendapatkan nama produk dan pengeluar dengan jelas dan rujuklah kepada JAKIM atau lihat laman web JAKIM melalui internet.

4. Elakkan dari membeli barangan keluaran luar negara yang ada campuran daripada bahan yang bersumberkan haiwan.

Babi SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady’s Choice Jelly

> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Confirm – Pringles Potato Chips – tidak HALAL !!

AMARAN OLEH KERAJAAN M’SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN! 



Kredit: berita-harian-online.com





Keghairahan rakyat Malaysia terhadap program realiti TV walaupun pada tahap terkawal, masih perlu dipantau supaya ia tidak menjadi trauma yang membimbangkan kita semua. Kita tidak mahu ketika kerajaan sedang berusaha mewujudkan masyarakat moden yang bertamadun dan bersopan santun dengan meminggirkan budaya hiburan Barat yang menggila, tanpa disedari kita terjebak dalam konsep hiburan yang boleh mengikis jati diri. Ternyata, program realiti TV kini sudah berjaya mempengaruhi penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, tidak kira usia dan latar belakang.

Sama ada kita suka atai tidak, beberapa program realiti TV seperti Akademia Fantasia, Mentor dan Mencari Cinta berjaya menambat hati sebahagian rakyat Malaysia. Malah, Akademi Fantasia mampu mendorong penontonnya membelanjakan sejumlah wang semata-mata untuk mengundi peserta pilihan mereka melalui SMS. Selain itu, program berkenaan juga boleh menyebabkan remaja lalai dan mengabaikan pelajaran dan ibadat, sebaliknya mengagungkan budaya hedonisme dan menghabiskan masa dengan memberi tumpuan kepada hiburan.

Kita kesal kerana kesan negatif program realiti TV ini semakin ketara kini, sehingga mendapat teguran dari TPM, Datuk Seri Najib Razak yang mengingatkan stesen TV tempatan agar tidak terlalu didorong oleh pertimbangan komersil semata-mata sehingga mengabaikan soal etika dan moral rakyat. Oleh itu, kita percaya sudah tiba masanya stesen TV di negara in mengkaji semula kandungan program berkenaan dan tidak mencedok bulat-bulat daripada program TV di negara Barat.

Program realiti TV sememangnya mampu memikat hati penonton kerana ia mempunyai pelbagai elemen seperti dramatik, emosi, hiburan dan kejutan. Oleh itu, program realiti TV bercorak amal seperti Misi Suara dan Bersamamu perlu diperbanyakan kerana ia mampu mengusik emosi jiwa penonton dengan sikap penyayang dan prihatin untuk membantu insan malang.

Program hiburan realiti ini mungkin berjaya dari segi ratting tetapi adakah ia berjaya membawa sesuatu yang dikatakan ‘nilai etika dan moral’? Tiada ciri-ciri budaya masyarakat Melayu yang beragama Islam dipaparkan dalam program berkenaan sedangkan majoriti penontonnya adalah orang Melayu. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan, percakapan yang keterlaluan dan cara penampilan kebanyakannya jelas bertentangan dengan nilai agama.

Kesemua ini seringkali ditonjolkan sebagai ‘pelaris’ program. Adakah ini yang kita mahu wariskan kepada generasi muda kini? Inikah yang dikatakan ‘realiti’ yang mahu dicipta dan diagung-agungkan? Sesungguhnya program realiti TV kini tidak langsung menyumbang kepada pembangunan minda golongan muda, malah ia jelas bertentangan dengan konsep Islam Hadhari. Kita khuatir, jika trend semasa in berterusan, tidak hairan andai suatu hari nanti, kita mengangkat artis-artis sebagai pemimpin negara seperti yang berlaku di negara lain. Justeru, tidaklah menghairankan, remaja Melayu Islam terus jauh ketinggalan; apabila bangsa lain sibuk belajar, bangsa kita pula sibuk berhibur.


 


Kredit: zakiharun.blogspot.com






Kali ini,ana akan mengupas serba sedikit mengenai dengan isu melukis gambar nabi muhammad.Dimana saban hari,kita mendengar umat Islam sentiasa di tindas dimana mana,hatta kalau kita perhatikan dikebanyakan negara Islam yang dijajah seperti Iraq,chechen,palastin,afganistan,kebanyakn umat islam di perlakukan begitu kejam,diculik,dirogol,di bunuh,dihina dan di aibkan begitu sahaja seperti berlaku di penjara ABU GHARIB(IRAQ) dengan tanpa pembelaan dan di beri hak-hak kemanusiaan sewajarnya kepada mereka..ini kerana mereka digelar semua sebagai 'muslim',adakah Umat Islam begitu senang dengan melihat perkara sebegini?? ataupun mengunakan istilah "biarkan,x pe...bukan kita kena pun....".

Bahkan kalau kita lihat pada hari ini mereka bukan sekadar membunuh dan menindas umat Islam malah secara terang-terangan menghina nabi Muhammad sallahu alaihiwassalam.ini terjadi akibat dari kelemahan Umat Islam itu sendiri.Umat Islam yg tidak bersatu dalam pelbagai isu.contohnya,isu palastin,isu masjidil Aqsa,isu penggunaan kalimah Allah dan pelbagai isu2 sensitif yg lain yg menyebabkan umat Islam itu di pandang rendah oleh golongan kuffar yang sehingga ada diantara mereka,begitu berani menghina Islam dan juga menghina Muhammad sallahu alaihiwassalam kita yang cintai.


Padahal kita tahu bahawa Islam itu tinggi dan tidak ada agama selainnya mengalahkan ketinggiannya.Sabda Rasulullah saw :


الإسلام يعلوا و لا يعلى عليه


"Islam adalah agama yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya"

Adalah wajib bagi kita,sebagai Umat Islam mempertahankan Islam dan memperjuangkan Islam dari di cemari oleh anasir-anasir pihak musuh yang sememangnya amat membenci Islam dan umat islam.

Kalau kita perhatikan dalam hadis 40 karangan Imam Nawawi ada meyebutkan' daripada ABU SA'IID AL-KHUDRI R.A katanya:"aku telah mendengar Rasullullah sallahu alaihiwassalam bersabda:sesiapa daripada kalangan kamu,yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangan.Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidah.Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hati,dan hati itu adalah selemah-lemah iman".(riwayat Muslim)


Sabda Rasulullah sallahu alaihiwassalam,juga:


”Pada suatu masa kalian akan dikerumun oleh bangsa-bangsa sebagaimana makanan di meja hidangan yang dikerumun ramai-ramai oleh orang yang lapar.”


Salah seorang ada yang bertaya: ”Apakah kerana jumlah kita sedikit pada waktu itu?”


Baginda menjawab: ”Tidak, bahkan kamu pada masa itu jumlahnya sangat banyak, tetapi kalian ibarat buih yang terapung. Dan sungguh Allah akan mencabut rasa takut terhadap diri kalian dari dada musuh-musuh kalian serta Allah akan melemparkan dalam hatimu wahn.”


Kemudian ada yang bertanya: ”Wahai Rasulullah. Apa yang dimaksud wahn itu?”


Baginda menjawab:”Cinta dunia dan takut mati.”


(Hadith Sahih, diriwayatkan oleh Abu Daud (4297), Ahmad (5/287), dari hadith Thaubah Radhiyallahu anhu, dan disahihkan oleh Al-Albani dengan dua jalannya tersebut dalam As-Sahihah (958).


Bermula dengan penghinaan terhadap gambar nabi Muhammad oleh Roger Endel Lars Vilks@laknatullah alaihi (lahir 20 Jun 1946) adalah seorang seniman kartunis Sweden,dimana dia melukis gambar Nabi Muhammad bertubuh anjing . Gambar-gambar itu dipamerkan dalam pameran seni tempatan di bandar kecil Tällerud di Värmland, Sweden, pada bulan Julai 2007. Akhbar tempatan Nerikes Allehanda begitu berani menyiarkannya dengan alasan kebebasan bersuara.


Tindakan itu mendapat bantahan rasmi daripada Iran, pakistan, Afghanistan, Mesir dan Jordan serta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Al Qaeda Iraq menawarkan $ 150.000 kepada pembunuh beliau.Gunilla von Bahr,duta Sweden ke Iran telah dipanggil untuk menerima surat protes daripada kerajaan Iran. 60 orang Muslim telah berkumpul di hadapan pejabat surat khabar di Orebro membantah penyiaran kartun itu.


Penerbitan 12 kartun Nabi Muhammad di harian terbesar Denmark Jyllands-Posten pada bulan September 2005 menyebabkan demonstrasi keganasan di seluruh dunia Muslim pada bulan Januari dan Februari 2006.


Manakala pada 20 haribulan May 2010 yang lalu,sebilangan pengikut Kristian facebook meraikan 'hari melukis gambar MUHAMMAD' atau di panggil dengan "draw Muhammad day" yang turut mendapat bantahan meluas dari pengguna facebook Islam di Pakistan dan di seluruh Dunia.


Sudah la umat Islam di tindas di mana-mana saja dan di perlakukan sesuka hati oleh mereka(golongan kuffar) malahan umat Islam pada hari ini semakin lemah,tidak bertenaga dan sering menjadi bahan gelak ketawa masyarakat bukan Islam(non muslim).Apakah tugas mempertahankan Islam ini,hanya sesuai di pertahankan oleh golongan Ulama',pendakwah,guru-guru agama sahaja???bahkan relevan kita semua Umat Islam berganding bahu menegakan syiar Islam,tidak mengira umur,jantina dan juga perbezaan idea politik dengan mengamalkan ajaran Islam bercirikan pegangan Quran dan sunnah Rasulullah sallahu alaihiwassalam.moga-moga usaha kita semua di redhai Allah,di berikan ganjaran pahala dan kejayaan di dunia wal akhirat,insyallah....



Kredit: hasnulhadiahmad.blogspot.com

KUALA LUMPUR: Beberapa mercu tanda di ibu negara, universiti, premis perniagaan dan syarikat korporat, pusat beli-belah termasuk stesen pengangkutan awam utama akan bergelap selama sejam malam ini sebagai tanda sokongan Kempen Earth Hour 2011.

Ini termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank, Menara Berkembar Petronas, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Plaza Alam Sentral, Sunway Giza Mall (Dataran Sunway Damansara), Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyertai kempen menyelamatkan dunia daripada pemanasan global ini.

Bagi tujuan itu, mereka akan memadam lampu dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam sebagai simbol keprihatinan masing-masing terhadap isu pemanasan global dan perubahan iklim. Earth Hour bermula pada 2007 di Sydney, Australia hasil cetusan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan pada tahun berikutnya, ia disertai 50 juta masyarakat di 35 negara.

Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Sri Che Khalib Mohamad Noh, menerusi kenyataannya menjelaskan program Earth Hour sebenarnya lebih dari hanya aktiviti memadamkan lampu selama 60 minit.

“Bijak menguruskan tenaga di rumah adalah semudah memadamkan apa saja peralatan elektrik yang tidak diperlukan, selain bertukar kepada mentol dan peralatan elektrik yang menjimatkan tenaga dan menetapkan suhu pendingin hawa pada bacaan di antara 22 hingga 26 darjah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Ketua Pegawai Esekutif MRCB, Mohamed Razeek Hussain, berkata sebagai syarikat pemaju hartanah seperti Stesen Sentral dan Alam Sentral pihaknya bukan saja bertanggungjawab meningkatkan kesedaran mengenai pemanasan global tetapi memainkan peranan lebih proaktif dalam penerapan elemen yang boleh diguna secara berterusan dalam pembangunan hartanah.

“Sejak 2009 iaitu tahun pertama Earth Hour diraikan, MRCB sudah mula menerapkan elemen hijau dalam pembinaan projeknya dengan aplikasi mengikut standard pensijilan antarabangsa. Kami juga menggalakkan warga kerja MRCB untuk menyebarkan mesej sejagat ini secara lebih dekat lagi kepada anak-anak, rakan taulan dan saudara mara dalam usaha mewariskan sebuah dunia yang indah kepada generasi mendatang.
Pihak Maybank pula akan memadamkan lampu di bangunan Menara dan Dataran Maybank serta semua pejabatnya di seluruh dunia sepanjang tempoh sejam berkenaan.

Program sama mendapat sokongan Komuniti Kota Damansara, Selangor, yang akan berkumpul di ruang legar Sunway Giza Dataran Sunway untuk bergelap bersama jam 8.30 malam ini.

Aktiviti yang dicetuskan kumpulan pelajar berusia 15 tahun ini adalah dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Local Agenda 21, Businesses of Kota Damansara dan Majlis Bandar Raya Petaling Jaya.

Pada peringkat pusat pengajian tinggi awam, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Persatuan Pelajar Antarabangsa juga UPM, akan berkumpul di Kompleks Mahasiswa jam 8 malam ini.





Kredit: www.bharian.com.my



Huruf-huruf Lam Sukun di dalam al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian:
    1.   Lam Ta’rif (لم تعريق)
    2.   Lam Fi’li (لم فعلى)
    3.   Lam Harfi (لم حرفي)

Lam Ta’rif (لم تعريف)
Lam(لا) iaitu Lam yang dikenali dengan Lam Ta'rif yang dapat bersama-sama dengan (isim).   Ia juga sebagai tambahan untuk membentuk kalimah sama ada kalimah tersebut boleh ditulis tanpanya seperti( الأرض )ataupun tidak boleh ditulis tanpanya seperti (  الذين) menyebabkan penambahan Alif Lam( لا )ke dalam kalimah sedemikian adalah sangat perlu, dengan kata lain ia tidak boleh dipisahkan dari kalimah yang berada bersamanya.

Hukum bacaan di dalam bahagian ini ialah wajib dibaca secara Idgham (dimasukkan) jika terdapat huruf Lam selepasnya seperti (الذي) dan wajib dibaca secara Izhar jika terdapat Huruf Ya' atau Hamzah selepasnya seperti kalimah:( واليسع ) dan ( الأن ).





Terdapat dua pembahagian dalam Lam Ta’rif (لم تعريق):
           1.    Lam Qamariah (الام القمرية)
           2.    Lam Syamsiah (الام الشمسية)

     Lam Qamariah (الام القمرية)

     Terdiri dari empat belas huruf. 



Sifir untuk memudahkan mengingatinya:

عَقِيْمَةُ أَبْغِ حَجَكْ وَخَفْ

   Hukum Lam Qamariah ialah Izhar (dinyatakan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Izhar ketika bersama dengan huruf-huruf ini ialah kerana makhraj makhraj huruf Lam terletak berjauhan dengan makhraj empat belas huruf tersebut.






       Lam Syamsiah (الام الشمسية)

Terdiri dari empat belas huruf :



 
Sifir untuk memudahkan mengingatinya:

طِبْ ثُمَّ صَلْ رَحِمًا تَفُزْ ضِفْ ذَا نَعَمْ دَعْ سُوءٌ ظَنْ زُرْ شَرِيْفًا لِلْكَرِيْم


Hukum Lam Syamsiah adalah Idgham (memasukkan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Idgham ketika bersama dengan huruf ini ialah kerana makhraj Lam Syamsiah adalah sama dengan makhraj huruf Lam dan terletak berdekatan dengan huruf-huruf lain yang tersebut di atas.




Lam Fi’li (لم فعلى)

Lam Sukun yang terletak pada kata kerja (Fe'el) sama ada kata kerja tersebut yang telah lalu (madhi), sedang berlaku (mudharik)/akan datang atau kata kerja seru dan dalam semua keadaan sama ada ia terletak pada pertengahan ayat atau di akhir ayat.

Idgham: Lam Fi'li dibaca secara Idgham apabila terdapat selepasnya huruf Ra' atau Lam. 




Izhar: Lam Fi'li dibaca secara Izhar apabila terdapat selepasnya salah satu huruf hijaiah kecuali huruf Ra' dan Lam.



Lam Harfi (لم حرفي)

Lam Sukun yang berada di dalam sendi nama (harf) iaitu didalam( هل), (بل )sahaja dan tidak terdapat di dalam kalimah yang lain di dalam al-Quran selain dari dua kalimah tersebut.

Idgham: Lam Harfi dibaca secara Idgham apabila terdapat huruf Ra' atau Lam selepasnya kecuali pada ayat( بل رانا )di mana hukumnya adalah Izhar (nyata) kerana terdapat hukum yang mewajibkan diam (berhenti seketika tanpa bernafas) yang menghalang dari Idgham. 




 
Izhar: Lam Harfi dibaca secara Izhar (nyata) apabila terdapat salah satu huruf hijaiah selepasnya kecuali huruf Ra' dan Lam.




Kredit: www.pakarhowto.com

Newer Posts Older Posts Home
MENU UTAMA
Halaman
e-Quran
e-Bacaan
Info Solat
Cadangan
Hubungi Kami
Advertisement

Ruangan Video



Kitab Tartil al-Quran al-Kareem

Category

  • SEJARAH
  • TAZKIRAH

Tafsir Quran al-'Azim
2011@Fakulti Quran Sunnah. Hak Cipta Terpelihara.

Projek Khas : Subjek Kajian Hadis dan al-Quran di Era ICT
Designed by PatchiDesign
Hit Counter
Jabatan Quran dan Sunnah
Fakulti Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
E-mel: nisa.usim@gmail.com