Imam Ibnu Amir As-Syami

* Beliau adalah Abdullah bin Amir Bin Yazid Bin Tamin Bin Rabiah Bin Amir Al-Yahsobii.

* Keturunannya sampai kepada Yahsab Bin Dahman.

* Beliau digelar dengan nama Abu Imran.

* Beliau merupakan qurra' yang paling tua dikalangan Qurra' yang tujuh dan juga sanad bacaannya paling tinggi dari yang lain.

* Beliau dilahirkan pada tahun 21 selepas Hijrah, ada pendapat mengatakan pada tahun kelapan Hijrah.

* Beliau telah bertalaqi Al-Quran dengan Ali bin Hashim Al-Mughirah bin Abi Shihab Abdullah bin Amru bin Al-Mughirah Al-Makhzumi yang tiada perselisihan lagi dikalangan muhaqqiqin dan kepada Abi Darda' U'waimir bin Zaid bin Qais sepertimana telah terputusnya bacaan imam Al-Hafiz Abu Amru Ad-Dani dengannya. Seterusnya telah membaca Al-Mughirah kepada Uthman bin Affan dan Abu Darda' serta Othman telah bertalaqi dengan Rasulullah S.A.W.

* Telah thabit bahawa beliau telah mendengar Al-Quran dan Al-Hadith dari sebilangan besar para sahabat diantaranya ialah Al-Nukman Bin Basyir, Mu'awiyyah Bin Abi Sufian dan Fadhalah Ibnu Abid. Beliau merupakan salah seorang dari kalangan tabi'in yang mana beliau hidup dizaman para sahabat Rasulullah S.A.W.

* Beliau juga adalah Imam kepada ahli Syam dalam bacaan Al-Quran selepas wafatnya Imam kaum muslimin Abu Darda' setelah menjadi guru dalam jangka masa yang panjang dizaman pemerintahan keluarga Umawiyyah Umar Bin Abdul Aziz sebelumnya dan juga selepasnya.

* Ketika umar bin Abdul Aziz memegang jawatan khalifah, beliau bertalaqi dengan Ibnu Amir dengan kesungguhannya beliau telah menjadikan bidang mengajar Al-Quran satu pekerjaan yang mulia.

* Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Hisyam dan Imam Ibnu Zakwan.




Imam Hisyam RA.

* Nama beliau ialah Hisyam bin Ammar Bin Nasir bin Maisarah As-Salami Ad-Dimashqi.

* Beliau digelar sebagai Abul Walid.

* Beliau dilahirkan pada tahun 153 Hijrah pada zaman Al-Mansor.

* Beliau telah menerima bacaan daripada A'rrak Al-Marri, Ayyub bin Tamim. Selain daripada keduanya iaitu Yahya Az-Zimary daripada Abdullah bin Amir serta sanadnya sampai kepada Rasulullah S.A.W.

* Beliau merupakan Imam kepada penduduk Damsyik serta seorang kKhatib, guru Al-Quran dan Hadis juga mufti kepada mereka dengan sifatnya yang dipercayai, teliti dan adil dalam segala hal.

* Beliau juga seorang yang fasih lagi alim serta luas ilmu pengetahuannya sama ada yang riwayah ataupun dirayah. .

* Telah berkata Imam al-Asbahany: telah dikurniakan kepada Imam Hisyam umur yang panjang, ingatan yang kuat dan sentiasa memberi pendapat yang rajih. Maka dengan itu telah datang kepadanya manusia semata-mata untuk mempelajari ilmu qiraat dan ilmu hadis.

* Telah meriwayatkan hadis darinya ialah Imam Bukhari di dalam Sohih Bukhari, Imam Abu Daud, Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Majjah di dalam sunan mereka.

* Telah menceritakan riwayatnya oleh Imam At-Tirmizi, Imam Jaafar Al-Ghary dan Imam Abu Zur'ah.

* Imam Hisyam merupakan seorang Imam yang Thiqah.

* Imam Hisyam merupakan seorang Imam yang jujur dan betul di dalam setiap hal.

* Beliau telah meninggal dunia pada tahun 245 Hijriyyah ketika berumur 92 tahun.




Imam Ibnu Zakwan RA.

* Nama beliau ialah Abdullah bin Ahmad bin Basyar ataupun Basyir bin Ibnu Zakwan bin Amru.

* Gelarannya ialah Abu Muhammad. Adapun pendapat yang lain mengatakan Abu Amru Ad-dimasyqy.

* Dilahirkan pada tahun 173 hijriyyah pada hari Asy-syura’.

* Telah mengambil bacaan qiraat secara ARDHAN daripada Abu Ayyub bin Tamim.

* Ibnu Zakwan juga telah mengambil bacaan qiraat dengan Imam Kisa’I ketika mana dia pergi ke Syam.

* Beliau pernah meriwayatkan huruf-huruf al-quran secara 'simaan' daripada Imam Ishaq bin Musaiby daripada Imam Nafi'.

* Merupakan seorang Imam yang masyhur, thiqah dan syeikh qurra’ di dalam ilmu Qiraat serta seorang Imam di Jami’ Damsyiq setelah tamat pengajiannya di Damsyiq selepas Imam Hisyam.

*Telah berkata Imam Abu Zur’ah ad-Dimasyqy: Tidak ada seorang pun Imam di Iraq, Syam, Kharassan, Hijjaz dan Mesir yang dapat menandinginya di dalam ilmu Qiraat pada zamannya dan beliau merupakan pengarang Kitab yang berkaitan dengan ilmu al-quran yang mana aku telah membaca dan meriwayatkan daripadanya.

* Yang meriwayatkan bacaannya ialah anaknya sendiri Ahmad, Ahmad bin Anas dan Ishaq bin Daud, Abu Zur'ah Adur Rahman bin Amru Ad-Dimasyqi, Adullah bin Isa Al-Asbahany, Muhammad Ismail AtTirmidzy, Muhammad bin Musa As-Sury, Harun bin Musa Al-Aghfash dan ramai lagi.

* Imam Ibnu Zakuan meninggal dunia pada hari Isnin dua hari baki daripada Hari Raya tahun 242 Hijriyyah.





Kredit : Manhaj Qiraat 10,Haji Mohd Nazri Bin Abdullah.






























Tags:

Quran

Sesungguhnya Al Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi kabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar. (Surat Al Isra’:9)

0 comments

Leave a Reply