Waqaf

 

Waqaf( وقف ).
Dari sudut bahasa: Berhenti / menahan. Dari sudut istilah tajwid: Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan.

1.Waqaf Lazim(الوقف اللازم )/ Waqaf Tam(التام الوقف ). 
    
      Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz (dari segi i'rab)  an maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya. Waqaf ini bertanda: ( م   ).




2.Waqaf Ja'iz (Berhenti Harus) (الوقف الجائز).

Bacaan diharuskan berhenti atau sambung. Kedudukan hukum bahagian ini kadangkala sama (berhenti atau sambung), kadangkala sambung lebih baik dari berhenti dan kadangkala berhenti lebih baik dari sambung (iaitu menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak merosakkan maknanya).

3. Waqaf Kafi(الكافي الوقف).

Bacaan harus diberhentikan atau disambung malah berhenti lebih baik dari sambung. Ia dinamakan demikian kerana lafaznya sempurna dan tidak bergantung dengan lafaz selepasnya. Tandanya: (قلي ).


 
4.Waqaf Tasawi(التساوي وقف).

Kedudukan hukum bacaan tersebut ketika berhenti dan sambung adalah sama. Tandanya:  ( ج ).


5. Waqaf Hasan(الحسن الوقف).

Bacaan yang diharuskan berhenti atau sambung malah sambung adalah lebih baik dari berhenti. Ia dinamakan demikian kerana memberhentikan bacaan padanya adalah lebih baik. Tandanya: (صلي ).


Kredit: www.pakarhowto.com



Tags:

Quran

Sesungguhnya Al Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi kabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar. (Surat Al Isra’:9)

0 comments

Leave a Reply