Solat Qasar


Pengertian Solat Qasar
Memendekkan solat daripada empat rakaat menjadi dua rakaat.
Solat yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat ialah solat  Isyak, Zuhur dan Asar.


Solat Jamak dan Qasar
Solat jamak dan qasar ialah solat yang hanya boleh dilakukan apabila seseorang itu bermusafir lebih daripada dua marhalah.

Hal-Hal Rerkaitan Jamak dan Qasar
Apabila seseorang itu bermusafir lebih daripada dua marhalah (ulama-ulama berbeza pandangan dalam menentukan jaraknya, ada yang menyatakan 48, 56 dan 60 batu), maka dia harus melakukan solat qasar dan jamak sekali.

Ertinya boleh menjamakkan dua solat serta mengqasarkannya sekali. Walau bagaimanapun dia boleh melakukan antara salah satu yang berikut:
  1. Menjamakkan dua solat fardu tanpa qasar.
  2. Menjamakkan dua solat fardu dan qasar.

Mengqasarkan solat tanpa jamak, iaitu mengerjakan solat Zuhur, Asar, Isyak dengan dua rakaat yang berasingan.
"Solat jamak dan qasar adatah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hamba-Nya dalam segenap masa bagi orang musafir, sama ada senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah."

Syarat-Syarat Qasar
  • Musafirnya hendaklah tidak bertujuan maksiat.
  • Perjalanannya hendaklah tidak kurang daripada dua marhalah.
  •  Solat yang diqasarkan itu hendaklah solat Zuhur, Asar dan Isyak sahaja yang dilaksanakan secara tunai. Sebab itu tidak dibolehkan qasar solat qada dalam musafir bagi solat yang ditinggalkan semasa di dalam kawasan tempat kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan dalam musafir.
  •  Hendaklah diniatkan qasar dalam takbiratulihram.
  •  Lafaz niatnya (contoh bagi solat Zuhur)
"Sengaja aku solat fardu Zuhur dua rakaat qasar tunai kerana Allah Taala"


  • Tidak boleh berimam orang yang bersolat "tamam" (sempurna).
  • Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
  • Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.
  • Dia tahu bahawa orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
  • Solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang daripada 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hati bolehlah dikira dari 60 batu dan qasarnya. la tidak boleh lagi mengerjakan solat secara qasar dan jamak.
  • Antara dua solat jamak tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. (Solat Jamak dengan satu kali azan dan dua kali iqamat)
  • Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang solat sempurna (tamam).
  • Apabila seseorang itu sudah sampai ke kawasan permulaan ia bertolak tadi, maka selesailah solat jamak
  • Apabila seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka ia diharuskan jamak dan qasar sehingga 18 hari.
  • Apabila seseorang itu bermusafir kerana sesuatu maksiat, maka ia tidak diharuskan solat jamak dan qasar.
  • Bagi mereka yang hendak mengerjakan solat jamak takhir hendaklah berniat lebih awal, jangan sampai waktu hendak akhir baru berniat.
  •  Perjalanan seseorang musafir itu hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuan. Jika ia tidak tahu ke mana diarahkan perjalanannya itu, maka tidak boleh melakukan jamak/qasar.


Tags:

Quran

Sesungguhnya Al Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi kabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar. (Surat Al Isra’:9)

0 comments

Leave a Reply